FOLLOW ME ON BOARD!


Tuesday 28 June 2011

Tips Dapat Dean List :: Bhg. 3 :: Akademik Vs KoKurikulum




Asslamualaikum..Hai2!

Haa..kali ni aku nak share sket berkaitan penglibatan dalam bidang non academic dan impactnya ke atas prestasi akademik pelajar..Sebelum tu, Klik link ni untuk ke BAHAGIAN 1 dan BAHAGIAN 2.

Kebanyakan student IPT yg tak melibatkan diri dalam aktiviti non-akademik memberikan alasan yg sama iaitu nak tumpu pada study, takut study akan terganggu dan yg sama waktu dgnnya..Tapi tahukah korang yg menceburkan diri dalam bidang2 sedemikian dapat membantu meningkatkan prestasi akademik korang?

Ada 5 Jenis student yg biasa kita lihat:
1. Aktif berpersatuan dan juga mempunyai prestasi akademik yg memberansangkan
2. Hanya ikuti program2 yg dianjurkan semata2 utk dapatkan kemudahan kolej utk semester hadapan
3. Aktif berpersatuan tapi merosot dalam akademik
4. Akademik yg superb! tp tak terlibat dalam persatuan
5. Langsung tak dak minat nk join persatuan mahupun join program2 yg dianjurkan..apa pon tak boley~

So, dalam senarai diatas,  MANA SATUKAH KORANG?

Org jenis No.5 ni selalunya banyak menghabiskan masa dalam bilik utk perbuatan yg tak berfaedah..macam main game, tidur dan layan movie..

Org jenis No.4 lak macam ulat buku..dok kat bilik kalau boring bace buku..jap2 gi library..selalunya tak pandai bersosial..

Org No.3 lak mmg terlebih bersosial. Jarang ada kat bilik..nak jumpa die macam nak jumpa Perdana Menteri sbb kene buat appointment dulu..asek outstation je..haha

Org No.2 suke ikut2 kawan. mudah termakan cakap kawan..kalau kawan nk ajak join program die ikut..selalunya leh kelihatan dia akan datang event bersama geng2 beliau..kalau takda geng kompom tak dtg..

Org No.1 ni berkebolehan membahagikan masa dgn effektif. Ada pendirian..
Takot effect stadi kunun..main game berjam2 leh la pulok~

Berkaitan ALASAN yg kerap diberikan oleh student sbb tak nak melibatkan diri dalam bidang non akademik adalah sbb tak nak ganggu study. Sebenarnya mereka ni hanya berfikiran negatif, taksub sgt nak belajar sampaikan mereka jadi TAKUT nak mencuba sesuatu yg baru. Memanglah tujuan utama dihantar belajar di Universiti adalah utk belajar..tp kena ingat, bukan setakat belajar akademik je! Tp BELAJAR JADI ORANG!

Ni kerana melibatkan diri dalam bidang kokurikulum mampu membentuk perwatakan seseorang tu utk jadi lebih baik. Korang sendiri akan dapat bezakan..  Antara kebaikan lain adalah:

1. Boleh IMPROVE keyakinan diri
2. Dah ada keyakinan boleh improve communication skill
3. Comunication skill yg berkesan boleh tolong korang buat yg terbaik utk presentation akademik dalam kelas.
4. Juga berkebolehan MEGURUS sesuatu tugas yg diberikan.
5. Boleh belajar MENGATASI STRESS.
6. Menjadikan lebih BERDISIPLIN. Disiplin ni jugak dapat digunakan utk menjalani kehidupan harian dan dalam pembelajaran.
Selain tu, ada jugak bukti penglibatan utk nak mintak kerja nanti..(P/S:Sijil2 yg dah kena banjir..:P)
Selain tu, aku dapat belajar dari pelbagai org yg aku jumpa..hehe
bukti balancing yg aku berjaya buat..

Masa sekolah dulu aku tak berpeluang libatkan diri dalam sukan. Ni sbb aku pernah mengalami 'SKULL FRACTURE' ataupun keretakan di bahagian kepala sbb jatuh dari tingat 2 dgn posisi kepala dibawah..Adess~~ So, tiap kali subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan je aku akan ddk tepi padang sambil tgk mmbe2 kelas main bola..Tipu lah kalau aku kata aku tak kecik ati..Tipu jugaklah kalau aku kata aku tak cemburu tgk mmbe2 naik pentas amik award atas achievement diorg dalam sukan..So, masa sekolah aku tak pernah naik pentas utk terima award aktiviti kokurikulum..So, korang patut bersyukur kerana berpeluang bergiat aktif dari kecik lagi..^^
Ni kepala aku..mark merah tu menunjukkan keretakan kepala yg serius..mmg senget la kepala aku berminggu2..

So, masa masuk UiTM, semester pertama dan kedua aku tak berpersatuan. Kira aku jd spesis Org No.2 la ni..juz attend je event2..Tp hasilnya, masa aku bnyk dihabiskan utk tidur, main game dan tgk muvie kat laptop je..So, aku amek keputusan utk CUBA BERANIKAN diri join persatuan utk pertama kalinya. Dan Alhamdulillah, result still OK..Kemudian terus bergiat akktif sampailah ke penghujung semester degree ni..
Exco Akademik Diploma in Banking Association (DiBA) 2008
Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2009
Exco Promosi dan Audit Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi 2010-2011

Tips BALANCING Akademik dan Non-Akademik:

1. BERANI kan diri utk join aktiviti berpersatuan. Cabar diri anda!
2. Dapatkan TUNE STUDY yg betul..kalau boleh cuba belajar study di waktu bukan peak hour..Ni sbb masa peak hour ni lah korang busy nak buat macam2 keje..So study la di larut malam atau di waktu subuh..
3. Kenal pasti PRIORITY atau KEUTAMAAN..Buat yg mana penting dulu..yg kedua penting tu tak payah fikir sgt..nnt buat serabut kepala je..
4. JANGAN CAMPURKAN masa study dgn hal Non Akademik! nnt habuk pun tak dapat..
5. Gunalah ORGANIZER utk perancangan yg teratur.
Special Thanx to FISA and UiTM Johor! ^^


Adalah menjadi satu KERUGIAN bg mereka yg tak merebut peluang ni..Kalau setakat belajar utk survive je tak cukup..ITZ NOT A REAL STUDENT LIFE! Bergiat aktif pun boleh je main game dan layan muvie pe..Malah korang akan dapat experience yg tak da di mana2...Carilah! takkan jumpa pon..Mungkin korang akan dapat segulung Diploma atau Ijazah bila waktu konvokesyen nnt..Tapi adakah korang akan melangkah keluar dari zaman belajar dgn hanya membawa segulung sijil yg diBANGGAkan itu sahaja? Pilihan di tangan sendiri..

Renung2kan lah..buat pilihan yg terbaik utk masa depan anda! ^^

HABIS utk Bahagian 3~

Dapatkan Diskaun sehingga 90% utk Spa di SINI!

3 comments:

ShUit said...

good job abg zikri ! respect la ! heee . :) . btw nanti jangan lupe follow saya balik . hehe . gudluck yee ! :)

zIq Ziqry said...

ummul: thanx ummul! wish u success too! ^^

zIq Ziqry said...

shuit: thx! :) gud luck to u too! btw, i da folo~ :)

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...