FOLLOW ME ON BOARD!


Saturday, 11 June 2011

Wakil Pelajar Tak Boleh Pakai!

Assalamualaikum..

Kalau bace tajuk entri ni rasanya mmg selalu sgt dah dgr especially bagi mereka yg belajar di institusi pengajian tinggi. Macamana bende ni leh jadi??

Walaupun aku ni student UiTM Segamat TAK bermaksud entri ni ditujukan khas untuk Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Segamat. Korang jgn salah anggap pulak..haha. isu ni mmg dah lama dibangkitkan dari zaman dulu kala sampai la skrg ni..tak kira di mana2 institusi pengajian tinggi skalipun..

Mmg diakui segelintir wakil pelajar mengOffer diri untuk dicalonkan semata-mata kerana mahukan POPULARITI. Ada juga dipilih oleh para pelajar kerana PARAS RUPA seseorang. Maka, bilangan yg terpiliih kerana KREADIBILITI seseorang tu menjadi SIKIT. Tulah jadinya ketika pembentangan manifesto, si calon ni menabur janji-janji manis yg boleh menyebabkan kencing manis buat yg dah termakannya. Akibatnya, at the end, habuk pun tarak! tinggal maki hamun student je..

Jangan pandai ckp je..
Jadi wakil pelajar ni dah diibaratkan macam pertandingan DEBAT. Kenapa jd camtu? sbb siapa yg hebat debat, petah berkata-kata, maka dialah yg diterima baik dirinya mahupun ideanya. Bukan kebolehan buat sesuatu kerja yg diukur.. Tu yg jadinya bila bab melaksanakan idea tu..time tula digunakan kuasanya utk delegate kt org lain dan kalau tak berjalan lancar akan diperletakkan semua kesalahan atas bahu org lain tu..Ni la sebabnya suara pelajar tak didengari. Ibarat Karoke versi minus 1..hehe.

Pastu pulak, ada tambahan lagi...perangai BELAGAK semacam. Sampai student pn takut nak tegur. Dah lupa ke sape yg vote korang??
Ingat janji yg pernah ditaburi..P/S:gambar tiada kene mengena dgn entri ini..

Wakil pelajar ni sepatutnya lebih mementingkan mcm mana nak bagunkan sesebuah institusi tu dari sibuk mengejar populariti. Jangan dipandang remeh suara para pelajar sbb mereka ni takda kuasa sehebat korang utk direct suarakan pendapat diorg ke telinga pihak atasan. Kalau alasan korang korang sibuk study? Hey, Kemon (C'mon) lah! masa awal2 dilantik bkn main hebat berkata-kata..sbb tulah korang dilantik! sbb mempunyai kelebihan yg org lain takda..pandailah bahagikan masa antara kerja dan belajar..lgpn korang dpt kelebihan/insentif yg student tak dpt kan..

INGAT. Pelajar merupakan sebuah komuniti yg besar.Mereka ada pengaruh utk menlantik dan juga menjatuhkan seseorang pemimpin..

Tp, kalau entri ni dok hentam Wakil Pelajar..yg student plak jgn dok hentam sama tak tentu pasal..Student pn kene ingat, diorg ni juga lah yg akan bawakan suara korang ke pihak atasan. Cuba sebaik mampu utk membuat perubahan utk keselesaan korang gak. So,  jgn dok nak hentam tak tentu pasal tanpa siasat kay!

Aku pernah jd wakil pelajar dan pernah bersama dgn wakil-wakil dari institusi2 lain dan aku tgk semuanya ada ciri-ciri yg sama. So jgn ckp aku tak pernah jd so aku tak tahu.. ;p

Hanya sekadar berkongsi..ditujukan buat sesiapa diluar sana yg bercita-cita nak jd wakil pelajar..juga kpd pertubuhan kelas dan persatuan.. :D sbg muhasabah utk diri aku jugak.. :)

Habis~ ^^

5 comments:

Buwlarn said...

hahhaha..best2.. kalo jadi exco course lak mcm ne jarner? jadi exco akademik tp xde ape2 prgram akademik yg aku anjurkan..terase deh.hehe

zIq Ziqry said...

haha. kene amek perhatian gak nih..haha. tp entri ni lebih kpd MPP..huhu. weh, ada blog xcakap..haha. meh aku folo ko..

noor amirah bt ahmad said...

tapi pape pun dlm pemerhatian saye uitm still lagi tertinggal byk dari IPTA lain dlm pemilihan MPP.. atau lebih tepat.. politik kampus uitm still belum setanding IPTA lain.. mungkin ade suggestion utk itu ex-MPP??? =] hehehehe

zIq Ziqry said...

hehe.yup2. mmg dari segi semangat politik dan kempen semasa pilihan raya mmg tak dpt dinafikan UiTM agk kurang sket..sbnrnya mind set student uitm ni sendiri yg masih tak matang..boleh dikira siapa yg betul2 boleh cerita pasal politik. lgpun kuasa MPP UiTM ni tak la sebesar MPP IPT2 lain..sbb mostly dibolot oleh campus induk..tu yg kita nmpk MPP cawangan tak menyerlah..kelebihan lebih berat sebelah kpd MPP UiTM induk (S.alam). Sbb mereka bernaung direct dgn VC..Kalau MPP IPT lain tu, kuasa dan keputusan sepenuhnya diorg yg buat. Tu yg semangat politik timbul bila ada parti pembangkang dgn cara diorg sendiri mcmana diorg nk ubah institusi tu ikot cara diorg..kalau MPP UiTM cawangan ni..nak buat perubahan kena mintak approval dr induk dan kalau nak dpt kelulusan selalunya akn ambil tempoh masa yg lama...kalau student UiTM sendiri akan tawu mcmana... :) Tp pape pun, nak bentuk semangat kempen politik pilihanraya campus kena ada kesatuan iaitu unite antara pelajar..kalau masing2 buat hal sendiri alamatnya jadilah kempen yg 'sejuk' je...

noor amirah bt ahmad said...

sokong encik exMPP.. lagi pun tgk pilihanraya sem lepas.. kecewa.. xde pun calon berkempen... padahal tu lah masanya calon-calon pemimpin menjual kewibawaan.. nak tgk cara politik negara dikendalikan,, tgk cara politik kampus memainkan peranan..
yang paling sedih bila time pilihan raya,, dah lah budak2 main vote macam AF .. mana hensem mana lawa memang itu pentas milik mereka.. =]

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...