FOLLOW ME ON BOARD!


Sunday, 5 June 2011

Kenapa Orang Melayu Kena Belajar Silat??

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku nak cerita sket pasal SILAT. Ape tu SILAT?? Haa...Untuk yang masih tidak berpijak di bumi nyata, Silat adalah sejenis seni mempertahankan diri yang diwariskan daripada keturunan Melayu dahulu kala kepada generasi2 Melayu yang mendatang. Silat jugak melambangkan identiti sebuah kaum. Macam Wushu dan Kungfu melambangkan identiti kaum Cina, Silambam melambangkan identiti kaum India, dan Silat? korang tawu jawapannya..

So, kenapa belajar Silat?

Hurm..mungkin ramai yang tak pandang Silat ni. Selalunya sebab kurang pendedahan. Tambah menyedihkan lagi tak mendapat sambutan dari anak2 Melayu kita sendiri. Diorang lebih berminat kat seni2 bela diri luar mcm Taekwando, Judo, etc. Bukan tak bagi pun belaja mende2 tu semua tp kita dah ada seni bela diri yg cukup hebat! Pendapat aku better belajar Silat dulu kemudian baru la korang nak Taekwando ka..Spideman ka..Ultraman ka..gasak korang la..haha

Sebagai anak Melayu kena lah berbangga sbb ada Silat yg cukup2 hebat. Omputih luar sana berebut2 nak belajar Silat kita tp anak Melayu sendiri tak hargai susah payah datuk nenek moyang kita wariskan mende ni kat kita. Tanya pada diri korang sendiri APA YG MELAMBANGKAN KORANG NI ORANG MELAYU? nak kata ckp bahasa melayu? tatabahasa tunggang langgang..main permainan tradisional Melayu? main Congkak tak reti..tawu main daun terup je..Gasing apetah lagi..Capal..taknak..nak jugak pakai Crocs tu..Harapkan pakai baju Melayu setaun sekali jela..So mana identiti korang sebagai orang Melayu?

Tp for those yg blaja apa2 seni beladiri tu xkesahla Silat ke..Taekwando ka...amat bagus kay! sbb ada protection untuk diri sendiri dan mampu jaga ahli keluarga. Bukan apa, kalau tgk kt paper skrg macam2 kes ada..samun? rogol? pukul? ragut?. Tiap hari ada baca, tp kalau setakat baca sambil wat bunyi (Cit..cit..cit..) tu tak ubah apa2 pun..dah kena kat batang idung sendiri baru tawu..

Kalau ikot statistik, rakyat Malaysia awal tahun 2011 ada sekitar 27.5 juta orang..Bilangan polis pulak ada sekitar 150 ribu anggota (tak termasuk polis trafik sbb diorg jage lalulintas dan juga tak termasuk askar sbb diorg lebih kepada jaga keamanan dan benteng negara dari luar). So, kalau dinisbahkan, sorang polis kena jaga 183 org rakyat Malaysia. OMG!!(Sepah) 1:183! mana taknya bnyk kes jenayah yg still tak dapat diselesaikan walaupun kerajaan wat penambahan kat bilangan anggota polis. ni asyik ckp Polis tak buat kerja kalau kes tak dapat setel. So, kalau ada seni bela diri ni, at least kuranglah beban polis2 ni..Mula2 belajar martial arts untuk lindungi diri sendiri..dah lagi mahir, boleh lindungi keluarga dan rakan2 yg tersayang. Bayangkan kalau peristiwa 13 Mei berulang..hurm~ mana korang masa tu?

Di Malaysia ni ada bnyk jenis Silat. Pilihlah ikut kesesuaian dan keinginan korang..Antaranya..
SILAT SENDENG..Terkenal dengan seni bunganya..Nampak lembut tp DEADLY!!
SILAT GAYONG..Terkenal dengan Kelasakannya

SILAT CEKAK terkenal dengan Ketangkasan dan Kepantasan menjatuhkan lawan. Tidak berbunga mahupun berkuda2.
Skrg ni aku belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi. SEBUAH SILAT YG SGT HEBAT! Silat ni la yg mula2 membuka mata aku kat seni Silat ni.. Dulu sebelum join mmg tak terpikir pn nak join Silat2 ni..1st join masa baru2 masuk UiTM time diploma dulu..huhu. :)

Video persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk sedikit gambaran mengenai ciri2 Silat ini..

Saya telah membuat pilihan. Anda pula bagaimana? hehe. ;p

Sekadar berkongsi pendapat, Thanx for reading. Kalau ada salah sila betulkan ye.. :D

12 comments:

Kamil MAA Takaful said...

Tahniah!!terbaik anak muda...

zIq Ziqry said...

hihi. Tima kasih abg Kamil! :D

..+atie1908+.. said...

ko silat apa zeix?? da mcm karangan aku tgk. huuuu

..+atie1908+.. said...

ok silat cekak hanafi.... mn ko dlm vid tu bg highlight sikit la der...

zIq Ziqry said...

haha. aku tade dlm vid tu..segan nk upload vid aku..hehe

zIq Ziqry said...

kalu nk tgk, bkk fb aku..haha

Fyda said...

kita ank melayu kena sikit2 belajar and menghargai seni warisan kita sendiri :) Saya blaja silat gak, perguruan gayong. Tapi skrg just bergerak atas persatuan seni silat untuk sertai pertandingan aje lah. Keep it up ^^

zIq Ziqry said...

Alhamdulillah...yg penting kita sama2 pastikan warisan ni tak pupus ya..Thx 4 reading~ :)

Rtp Farra Arisha said...

bagus belajar silat ni sebenarnya, selain dp mempertahankan diri kann. :)

zIq Ziqry said...

yup2! sgt2 bgus..macam2 benefitnya...kene join dulu baru tawu..huhu. TQ ya~

arol selamat said...

zzzzzzzzzzz

zIq Ziqry said...

hahhaha.arol xleh bla...ko yg paling wajib blaja silat..keh3

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...