FOLLOW ME ON BOARD!

Tuesday, 29 November 2011

Mengimbau Kenangan Banjir Segamat 2011

Assalamualaikum..

Bersempana dengan awal tahun hijrah ni, tiba2 teringat kenangan masa study kat Segamat awal tahun aritu di mana Segamat telah mengalami banjir yang teruk dan masa tu lak tgh cuti mid semester..

2 gambar di atas dicurik dari Adam..haha. sori bro!
Tragedi tersebut berlaku sekitar Tahun Baru Cina. Masa tu memang tengah hujan tak henti dalam 2 3 hari sebelum kami balik ke kampung masing2 sempena cuti mid sem. So, sebelum balik ktorg juz letakkan barang2 berharga atas meja je sbb expect kalo banjir pun sampai betis je..(masa aku diploma 2006 dulu ada banjir teruk tapi org kata 10 tahun sekali)

Lebih malang, air tu sgt deras dan naik sgt cepat..tau2 je dah sampai bumbung dah..aduyai..tak tenang masa tu kat rumah terkenangkan barang2 yg 'lemas' tu..dah la rumah aku tu memang 1 tingkat je..
lumpur yg sangat tebal..
barang2 dalam bilik aku yg turut lemas..baju baru beli pn habis~~

Memang satu cabaran lah nak mulakan balik semester tu..seminggu kot tak pegi kelas sbb nak bersihkan rumah punya pasal..boleh give up woo nak study..satu perasaan yang aneh bila naik je semester tgk area rumah tu macam set movie zombi kampung pisang pn ada..perabot, sampah sarap bertaburan keliling rumah..lumpur2 jangan cakap la..semua 1 kaler 1 Mesia..busuk pula tu.. lori2 besar keluar masuk sbb angkut perabot rosak.. sekumpulan persatuan  kebajikan berbaju putih berarak siap pegang bendera utk hulurkan bantuan..aku rasa macam bukan kat Mesia woo...
buku2 baru beli semua habis.. T_T

lagi menyedihkan keyboard aku turut lemas...tak dapat diselamatkan..

moto2 ni jgn cakap la...best berenang renang..

So, total lost utk aku sorang je dalam RM2000++ . Tapi papehal pun dapat gak rasa pengalaman kena banjir..so lepas ni kpd sesape yg duduk kat Segamat terutama student Non-Residents yg sewa di area Kg Jawa tu berwaspada lah anda..jgn ambil ringan mende ni kalau tak nak jadi begini..kalo nak sewa pan cari rumah 2 tingkat..senang sket kejenye..

THANX For Your Support! ^^
::END::


Sunday, 27 November 2011

PAU Terhangat di Tanjung Malim!

Assalamualaikum.. :)

Harini agak penat sikit sbb baru balik dari event di Tanjung Malim, Perak. Dari situ ke Subang tak lah jauh mana..tapi disebabkan jam kat tgh2 hiway tu yg buat penat kaki main clutch tu..then hujan lebat sepanjang jalan..basah kuyup atas moto (episod selepas itu)..sabau jela..

Event selesai dalam tgh hari..so dlm pkl 4ptg lepas makan2 singgah la jap di sebuah kedai makan yg kabarnya feymes ni..nama kedai ni YIK MUN! apakah menu yg feymes? org kata PAU nya sgt sedap..So memandangkan waktu yg sgt sesuai dikala hujan lebat, mmg best kalau makan pau panas dan minum coffee panas ni..nyum2!!
Ni lah kedainya..corner lot..siap ada tulis since 1926 tu..
Rasanya ramai yg pernah singgah Tanjung Malim pernah singgah di sini..lagi2 bdk2 UPSI yg sekangkang kera dari kedai tu..
Siap ada kisah turun temurun lagi..
Mau Pau..?? (gambar sengaja di black & whitekan..saya menegaskan ini bukan gambar pengasas masa muda2..harap maklum)

So..apa kata survey??
.
.
.

Kegebuan yg menarik hati..

.
.
.
Honestly, PAU tu memang SEDAP!! dan belum pernah rasa sesedap begini dimana mana sbb intinya kalo daging tu memey 100% daging la..takda campur2 kentang bagai....Aku try pau je sbb org kate paunya yg feymes..haha. ramai sgt org ambil turn nak duduk..sampaikan pau2 mereka sudah habis dan kene tggu dimasak lagi..

Pau daging wiv coffee hainan dikala hujan lebat..nyum2!! :P

So guys, next time kalau singgah Tanjung Malim singgah la kedai ni ya..(P/S: aku takda share dalam saham kedai ni..harap maklum.. :P)
Price list..

Ditanggung Halal..
say Ngap! NGAAAPP!!! ( nampak sgt tak menyempat tukar uniform..hahhaa)

BTW, hope tak terlambat utk mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua..moga di tahun baru ni kita memperoleh keberkatan daripadaNya.. Amin.. :)

THANX For Your Support! ^^
::END::

Monday, 21 November 2011

Tahniah Sang Harimau!

Assalamualaikum..
P/S:Spend masa 5 minit sbb nak buat mende ni pnye pasal..haha

Just tak nak lepaskan peluang utk mengucapkan Setinggi Tahniah dan Terima Kasih kepada pasukan bola Harimau Muda atas kejayaan dalam pertandingan bola sepak di SUKAN SEA semalam..

Berbaloi la tunggu kat kedai makan 100++ minit bercampur nebes..(tak campur break lagi tu..haha). I AM PROUD TO BE MALAYSIAN! Alhamdulillah..moga Allah berkati korang dan Malaysia..Amin.. 

Teruskan Perjuangan Anda! AUMMM!!!


THANKS For Your Support! ^^
::END::

Friday, 18 November 2011

Seperjalanan Bersama Malaysia Airlines System Berhad

Assalamualaikum..Dear readers..

This might be da last entry I post about aviation related industry especially pasal MAS. Sbb arini merupakan hari terkahir aku sebagai Trainee kat sini. So kali ni aku just nak share apa pendapat aku mengenai internship kat company ni oleh kerana ramai dah yang start2 nak apply kat sini..

Apa yang aku nak cakap overall aku sangat seronok di sini. We are lucky sbb dipostkan di department yg skrg ni. Bare in mind tak semua department semeriah department kami..ada trainee lain yg dapat tempat hardcore yg busy memanjang..ada yg boring..semua depends pada rezeki masing2..

Tak tahu lah dari mula kedatangan kami sampai la nak habis ni semuanya smooth belaka..rezeki tak putus2 datang..Alhamdulillah..Berikut adalah 10 Perkara yang aku tak leh lupa sepanjang internship di sini.

1. Mini Olympic Finance Division
Ni merupakan event 1 hari yang dianjurkan finance department..time ni awal2 lagi masa kami baru2 masuk. Bdk2 trainee masa diberi kepercayaan utk handle performance. Masa ni la baru diorg kenal siapa bdk UiTM Segamat. haha. Dalam hari sukan ni semua org boleh pilih at least 1 game utk diorg main macam futsal, volley ball, basket ball, carom dll..



2. Hangar Visit
Masa ni trainee diberi pendedahan mengenai maintainance kapal terbang di bahagian engineering Yela, tak semua pernah tgk kapal terbang tak pakai seurat benang kan..





3. Malaysia Airlines Academy (MAA) Visit
Di sini pula trainee diberi pendedahan mengenai training to be a cabin crew (steward/es). Baik dari make-up, cara cat walk, bukak pintu kapal terbang, safety training dll..



4. KLIA Visit
Kat sini lak diberi pendedahan mengenai Bunga Raya dan filght operation daripada start passanger check in, transfer baggage sampai lah landing.. Semuanya behid the scene yang passanger tak leh masuk.


5. Makan2
Department kami kalo bab makan memang tak mengecewakan. Almost every week ada makan2 free.. kdg2 tu hari2 ada..tak kira lah ada event ke..tak da event ke..



6. Staf2 yang peramah
Antara faktor ktorg cepat adapt dalam MAS ni sbb staffs kat sini sgt2 peramah dan baik hati. Diorg tak pandang rendah pada trainee dan boleh bergurau macam rakan sebaya..haha. Selalu je bagi kami makanan..murah rezeki diorg..Amin..

7. Geng Pantri yang Havoq!
haha. ni la tempat utk release stress.. yela, kalo focus depan komputer je mmg sakit gak otak kan..So tempat ni every day akan dipenuhi dalam 20 staffs sambil bincang isu semasa dan release tensen sambil minum kopi. Kadang2 tu ktorg siap masak dan makan berjemaah..sempoi.. sangat friendly diorg ni..leh borak macam rakan sebaya..(tua ke aku ni)
Masak kuah durian utk staff masa last day..hehe

8. Farewell party
For those trainee yang nak habis internship diorg akan celebrate ramai2..tu mcm dah tradisi diorg even sorang trainee.. nnt akan diberi gifts dan farewell speech dari leader.. dan the best part is..makan2 lagi...haha. best2..
Certificate of Appreciation
Farewell present..THANX Soo much!! ^^

9. Tugasan
Task yang bos bagi aku semuanya sangat bagus utk aku belajar. Tak lah suruh fotostat je kejenye dan bosan sampai takda keje..Overall, aku dapat belajar banyak perkara daripada tugasan2 tu..
contoh tugasanku yg diberi..



10. Issues
Aku rasa bertuah jugak la sebab dapat merasai saat2 MAS bertukar management dan koloborasi bersama Air Asia. So current issue senntiasa updated tiap2 hari bersama geng2 kopi..haha


Overall, I am proud to be one of the MH Team (MH is a carrier code for Malaysia Airlines) walaupun MAS agak goyah sket tp nama MAS still 'gah' dipandang..banyak yang boleh dipelajari tapi kene lah ada usaha nak belajar...kalau setakat datang dan pergi rasanya tak berbaloi..Alhamdulillah, satu penghormatan pada kami bila dipuji sgt bagus sepanjang kami di sini.. staf2 sini tak pernah jmp bdk practikal yg meriah mcm ktorg dan bercampur ngn staff2.. tu yang farewell party utk ktorg diadakan tak putus2..haha. harum nama UiTM Segamat..

bila system down..ni la hasilnya..haha
THANK YOU For ypur support! ^^
::END::

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...