FOLLOW ME ON BOARD!

Wednesday, 22 February 2012

Special Thanks!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, all praises to Allah.. keranaNya aku akhirnya officially telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Segamat, Johor ON TIME. Setelah penat lelah tertonggeng terlentang menghadap kelas, test, exam, assignment semua akhirnya usaha terbalas jua..
ketika memerah otak menjawab test Managerial Economics 2010 (*Credit to PM Hasan)

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Terima Kasih tak terhingga especially buat family yang sentiasa support aku  dari segi doa, kuderat mahupun wang ringgit.. Juga kepada tenaga pendidik UiTM yang tak pernah kenal erti jemu mencurahkan ilmu walaupun kadang2 tu ibarat mencurah air ke daun keladi..ahah.

Tak lupa juga buat rakan2 seperjuangan yang selalu mendorong, menyorong, menyokong, memesong sepanjang pengajian aku di UiTM Segamat selama 5 tahun. Friends like all of you can never be replaced! ^^

my final exam result..Alhamdulillah.. hadiah untuk mak & abah.. :)
All the best in your future undertaking!

Muhamad Zikri bin Harun, Graduate of Bachelor in Business Admin (Hons) Finance, Universiti Teknologi MARA Johor, Kampus Segamat

P/S: Teringat pesan mak abah masa kecik2 dulu..kata mereka.. "belajar rajin2..dah besar nanti boleh masuk U..".Sekarang rasanya kena belajar rajin2 supaya boleh 'keluar U'..cari kerja..bina hidup yang selesa & bahagia..

InsyaAllah..

till then.

THANX For Your Support! ^^
::END::

Tuesday, 21 February 2012

#Now Reading

Assalamualaikum..

"The Five People You Meet in Heaven" by Mitch Albom

Currently I am reading this book. Kinda interesting.. It's recommended by a friend of mine.
Starting this week I will be back turun naik peta Mesia berikutan ada training & job interview di KL dan kerja part time & reunion di Johor..
masa lapang bolehlah diisi dengan menhabiskan baca buku ni..

Wish me luck untuk dapat kerja ya! ;)

till then.

THANX For Your Support! ^^
::END::

Sunday, 19 February 2012

Part Time Job


Assalamualaikum..dear friends..

Ahaha. lama la pulak tak update blog.. pemalas btul org menganggur ni..hehe. Actually, sekarang ni aku dalam proses merehatkan diri dan minda sebelum bekerja..yelah, sejak masuk UiTM tu, jaranglah dapat lepak kat rumah lama2..selalu masa cuti sem pun sibuk dengan program2 baik anjuran kampus ataupun persatuan luar..

So, dipendekkan cerita, memang plan nak start mengapply kerja around tarikh nak keluar exam result (dengar2 citer 22hb ni..gulp~). Sebab agak susah kalau nak apply kerja tapi masih belum ada final semester punya result.. Then haritu tiba2 buah hati pengarang jantungku iaitu 'Cik Lina' yang bekerja di Jobstreet tu send email regarding nak perlukan Penceramah Jemputan sambilan di PLKN untuk 5 hari. Sounds good sementara dapat kerja tetap ni, eloklah cari pengalaman..lagipun elaun yg diberi pun boleh tahan jugak.. Bukan semua orang berpeluang jadi cikgu.. So, dengan tangan yang gedik2 aku pun klik apply jelah.. And pertama kali aku nampak ke-efficient-an Jobstreet ni bila company yg aku apply tu trus call pagi2 esoknya offer job.

Then disuruh pilih salah satu daripada 2 kem yg available di Johor dan aku pilih kem tempat aku PLKN 6 tahun lepas. Alhamdulillah, hajat nak kembali ke tempat lama tu termakbul sejak sekian lama..

Harapannya moga semuanya berjalan lancar..Lepas ni bolehla dapat title 'Cikgu Ziq' yea..haha. ;p

THANX For Your Support
::END::

Monday, 6 February 2012

Sembahyang Patuk Ayam?


Assalamualaikum, dear muslimin & muslimah.. 

Sering kali kita lihat ataupun kita sendiri yang melakukan solat ibarat melepas batuk di tangga iaitu dengan kelajuan 150KM/J melebihi had laju. Teringat ceramah seorang ustaz sempena Maulidur Rasul tahun lepas, beliau menegaskan bahawa tak sah jika solat macam patuk ayam tu.

Cube tengok di bawah ni..
Berikut adalah 13 Rukun Sembahyang:

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perhatikan dari rukun ke-5 iaitu RUKUK hinggalah DUDUK ANTARA 2 SUJUD mempunyai THUMAKNINAH iaitu bermaksud Berdiam Sejenak

Kemudian, berikut adalah beberapa perkara yang membatalkan sembahyang:

1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut atau satu langkah yang keji.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. hilang akal
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahului Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
11. Menambahkan rukun.

Dan kita dapat lihat salah satu perkara yang membatalkan sembahyang adalah Meninggalkan Rukun Sembahyang. 

THUMAKNINAH merupakan salah satu rukun solat yang WAJIB dilakukan ketika solat. Jadi, kalau kita solat macam patuk ayam, secara tidak langsung kita telah meninggalkan salah satu perkara wajib dalam solat dan automatiknya telah TERBATAL.

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pencuri yang paling buruk adalah yang mencuri dalam solat.” Para sahabat bertanya : “Bagaimanakah seorang boleh mencuri dalam solatnya?” Sabda baginda s.a.w: “Itulah mereka yang tidak meneympurnakan rukuk dan sujudnya.”
(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ternampak seorang lelaki yang tidak sempurnakan rukuknya bila keadannya seperti burung mematuk dalam sujudnya ketika solat. Lalu baginda s.a.w bersabda :
“Sekiranya orang ini mati dalam keadaan sperti ini, nescaya dia mati bukan millah Muhammad, kerana dia solat seperti burung gagak mematuk darah. Perumpamaan orang yang tidak sempurnakan rukuknya dan mematuk dalam sujudnya seperti orang lapar yang memakan satu atau dua biji buah kurma yang tidak memberi manfaat apa-apa kepadanya”
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a katanya: seorang lelaki bernama Khallad bin Rafi` telah masuk ke dalam masjid lalu solat. Setelah selesai, ia datang kepada Rasulullah s.a.w dan memberi salam. Baginda menjawab lalu bersabda:
“Kembali dan solatlah, kerana sebenarnya engkau belum bersolat lagi”. Maka orang itu pun kembali dan hal itu dilakukan sampai tiga kali, sampai akhirnya dia bertanya: “Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan membawa kebenaran, saya tidak dapat lakukan yang lebih baik daripada ini, oleh itu ajarkan aku” Maka baginda bersabda: “ Jika kamu berdiri solat, bertakbirlah, lalu bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah dengan tomakninah, lalu bangkitlah hingga engkau berdiri tegak, lalu sujudlah dengan tomakninah, dan bangkitlah hingga engkau duduk dengan tomakninah pula, dan kemudian sujudlah lagi juga dengan tomakninah. Dan lakukanlah cara itu dalam semua solatmu”
(Riwata al-Buhkari, Muslim, dan Ahmad)

P/S: Aku tidak berniat untuk mengajar kalian untuk beribadat kerana aku sendiri masih khilaf dalam hal-hal agama. Ramai lagi orang yang tinggi ilmunya untuk mengajar. Niat hati cuma mampu untuk mencetuskan sesuatu agar kita semua berfikir sejenak tentang hal ini. Ini bukannya perkara boleh diambil remeh. Ramai yang aku nampak solat camtu tapi iman aku sangatlah lemah kerana selemah iman adalah menegur dengan hati. Sebelum ni aku juga solat tak bertomakninah, tapi Alhamdulillah, lepas dengar ceramah ustaz tu, dapat diperbaiki sebab sering kali teringat dan akhirnya terbiasa.

So, mulai sekarang, sape-sape yang solat melebihi halaju tu, sama-sama kita perbaiki ya! ^^

Untuk ingatan diri sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.. Sharing is Caring.. 

THANX For Your Support! ^^
::END::

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...