FOLLOW ME ON BOARD!

Friday, 22 June 2012

Hadiah Hari Ibu Bapa dan Guru

Assalamualaikum, good day! :)

Hadiah Hari Ibu Bapa dan Guru?? (Macam PIBG lah pulak bunyinya..)

Wah.. sudah lama tak berupdate blog.. sejak menceburkan diri dalam sektor perbankan ni, macam half of your life memang di-spend untuk bekerja je..mana taknya, keluar rumah before 8 a.m dan balik rumah 10p.m.. So, jangan tanya kenapa aku tak update blog kan..sampaikan entri basi ni patut aku cerita dekat sebulan lepas baru nak cerita hari ni..wakkaka. (tak kira! pedulik!! haha)


Nothing much, just masa 16 May haritu telah menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-76 (Alhamdulillah..). So, bersempenakan dengan Hari Ibu dan Hari Guru (pada waktu tu) dan juga Hari Bapa (juga selepas waktu tu), I want to dedicate my achievement specially for them. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan mendidikku dari merangkak belajar ABC Alif Ba Ta sampailah berlari bersama ABC Alif Ba Ta.. dari disuapkan untuk makan sampailah terlebih suap (swipe??) sendiri..hehe


Wiv my Mom.. 


Special Thanks to Mak, Abah, Cikgu Sekolah Tadika Kemas Permas Jaya, SK Permas Jaya 1,SMK Permas Jaya, Sekolah Agama Permas Jaya, Sekolah Agama Pelentong, Lecturers UiTM Segamat, Guru Utama Silat, Cikgu Mengaji, Cikgu Tuisyen, Cikgu Memandu, Cikgu PLKN dan semua yang telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepadaku.. jasamu tak terbalas.. :)


Moga kalian semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.. Amin.. :)

InsyaAllah, ada rezeki pasni sambung masters lak.. Amin,. 

Thanks For Reading.. :)
::END::


Saturday, 14 April 2012

Mobile Banking terbaik daripada Bank Islam


Assalamualaikum..Dear readers..

Hari ni aku nak share sedikit menegnai produk mobile banking dari Bank Islam iaitu TAP. Apa tu TAP? TAP atau nama panjangnya Transaction At Palm adalah perkhidmatan mobile banking yang TAK PERLU MENGGUNAKAN INTERNET mahupun HANPHONE CANGGIH. Wallawehh~~

Di zaman serba moden sekarang, kita dah tak perlu beratur untuk melakukan transaksi di kaunter, di ATM, mahupun subscribe internet menggunakan telefon mudah alih anda yang canggih. Kini, hanphone balik anjing pun boleh melakukan transaksi di mana sahaja anda berada walaupun takda internet! janji ada coverage dan ada duit. (kalau hanphone canggih tapi takda duit dalam bank tak guna jugak yea tak? hehe)

Jadi, apakah transaksi yang boleh dilakukan menggunakan TAP ni?

1. Pertanyaan Baki
2. Transfer Fund ke akaun Bank Islam mahupun ke akaun bank lain.
3. Topup (kalau sesak2 kat kolej tu tak payah la susah2 cari kedai topup tgah2 malam buta)
4. Bayar Bil
5. Perkhidmatan Credit Card, Financing, Current account dll..

Cara mendapatkan TAP

1. Pastikan anda berumur 18tahun dan ke atas. Cek IC balik...dan juga ada akaun Bank Islam
2. Pergi ke branch Bank Islam yang terdekat dan bawa IC skali..
3. Isi borang pendaftaran TAP.
4. Dah selesai daftar, anda akan dapat sticker yang mengandungi cip. Tampalkan di simcard anda.
5. Menu Bank Islam TAP akan keluar di telefon bimbit anda. Ikut aturan pendaftaran kali pertama yang diberikan.
6. Tadaa..dah boleh guna..

Nilah rupa sticker cip TAP yang dah ditampal atas simcard..

Kelebihan TAP

1. Menjimatkan masa dan tenaga. Tak payah ke kaunter atau ATM untuk membuat transaksi.
2. Tak perlu guna hanphone mahal2. Handphone 3310 pon boleh..
3. Tak perlu ada internet
4. Menu yang tak complicated.
5. Taip kali duit masuk atau keluar dari akaun immediately akan dapat SMS. So, kalau duit PTPTN atau gaji masuk anda orang pertama akan dapat tau..haha
Anda juga dapat mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku..
Kekurangan TAP

1. Ada casnya..RM8 setahun.. hehe
2. Lain handphone lain ragamnya. Menu 'Bank Islam TAP' akan keluar di tempat berlainan mengikut handphone. So kena pandai2 la cari.
3. Setakat ni handphone I phone tak boleh menggunakan perkhidmatan ni.
4. Setiap transaksi di cas 30 sen. (kecuali perkhidmatan pertanyaan baki akan dicas selepas 3kali untuk hari yang sama).
5. Bila ditampal sticker TAP ni, simcard anda akan menjadi tebal sedikit. Ada sesetengah handphone yang tempat masuk simcard tu muat2 untuk masuk simcard je. nanti jadi ada masalah tak muat nak masukkan simcard atau simcard jadi melengkung sbb ada cip tambahan. tapi mostly handphone sesuai untuk TAP ni.



OK, thats all nak share untuk hari ni. Till then! :)

THANX For Your Support! ^^
::END::

Anugerah Bintang Popular Ke-25


Assalamualaikum, dear readers..


Lama tak update blog..agak busy ditempat baru..Juga hari ni baru 1st time aku dapat on9 menggunakan laptopku..Oyeah~ dah 3 bulan laptop tak berfungsi..haha

So walaupun agak terlewat nak post mengenai ABPBH ni, tp aku nak gak post! tak kire! Actually aku tak pernah ke event2 camni..so sifat kekampungan tu tak dapat la nak dielakkan.. Tambahan pulak, aku dapat tiket khas untuk seat yang depan2. Then yang terujanya, aku masuk ikot red carpet dan pintu masuk pun sama dengan pintu masuk yang artis masuk. haha. sangat2 segan sebab rasa cam underdressed. Tiba2 terus capai kamera dan berlakon macam press..sebab kebanyakan press pakai casual je..haha.

Tiket Khas.. :)

Aku ni takla sempat nak snap gambar banyak2 sebab malas dan bateri pun dah habis. So tengok jela artis2 lalu lalang kat situ..then bila bateri dah habis, aku masuk trus. masa tu saing Dafi, Yusri dan Lisa Surihani. sempat la feeling jap jadi glamour bila fans diorang dok terjerit2 dari luar..haha


Bintang Paling Popular ABP kali ni..

Saleha sedang diinterview..
Muka buku,,

Zizan yang dok ngusik orang,,
entrance into hall 

So habis event supposely aku dpt invitation ke post party dgn semua artis. tapi memikirkan keesokkan paginya kena kerja, tak dapatlah nak join. Kalau ikotkan hati nak je ponteng..haha. Then tahap kesejukan pada waktu tu tak mengizinkan aku untuk berfikir panjang dan membuat keputusan. mana taknya, kabus tebal..risau nak drive turun..tapi Alhamdulillah, dapat pulang dengan selamat.
mungkinkah gelaran Bintang paling popular  tahun depan dimenangi oleh die ni?  OK, jangan undi! haha

So next year kalau dapat tiket VIP lg aku nak book hotel dan amek cuti esoknya. leh la pegi post party.haha

Till then.


THANX For Your Support!

::END::

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...