FOLLOW ME ON BOARD!


Tuesday 28 June 2011

Tips Dapat Dean List :: Bhg. 3 :: Akademik Vs KoKurikulum




Asslamualaikum..Hai2!

Haa..kali ni aku nak share sket berkaitan penglibatan dalam bidang non academic dan impactnya ke atas prestasi akademik pelajar..Sebelum tu, Klik link ni untuk ke BAHAGIAN 1 dan BAHAGIAN 2.

Kebanyakan student IPT yg tak melibatkan diri dalam aktiviti non-akademik memberikan alasan yg sama iaitu nak tumpu pada study, takut study akan terganggu dan yg sama waktu dgnnya..Tapi tahukah korang yg menceburkan diri dalam bidang2 sedemikian dapat membantu meningkatkan prestasi akademik korang?

Ada 5 Jenis student yg biasa kita lihat:
1. Aktif berpersatuan dan juga mempunyai prestasi akademik yg memberansangkan
2. Hanya ikuti program2 yg dianjurkan semata2 utk dapatkan kemudahan kolej utk semester hadapan
3. Aktif berpersatuan tapi merosot dalam akademik
4. Akademik yg superb! tp tak terlibat dalam persatuan
5. Langsung tak dak minat nk join persatuan mahupun join program2 yg dianjurkan..apa pon tak boley~

So, dalam senarai diatas,  MANA SATUKAH KORANG?

Org jenis No.5 ni selalunya banyak menghabiskan masa dalam bilik utk perbuatan yg tak berfaedah..macam main game, tidur dan layan movie..

Org jenis No.4 lak macam ulat buku..dok kat bilik kalau boring bace buku..jap2 gi library..selalunya tak pandai bersosial..

Org No.3 lak mmg terlebih bersosial. Jarang ada kat bilik..nak jumpa die macam nak jumpa Perdana Menteri sbb kene buat appointment dulu..asek outstation je..haha

Org No.2 suke ikut2 kawan. mudah termakan cakap kawan..kalau kawan nk ajak join program die ikut..selalunya leh kelihatan dia akan datang event bersama geng2 beliau..kalau takda geng kompom tak dtg..

Org No.1 ni berkebolehan membahagikan masa dgn effektif. Ada pendirian..
Takot effect stadi kunun..main game berjam2 leh la pulok~

Berkaitan ALASAN yg kerap diberikan oleh student sbb tak nak melibatkan diri dalam bidang non akademik adalah sbb tak nak ganggu study. Sebenarnya mereka ni hanya berfikiran negatif, taksub sgt nak belajar sampaikan mereka jadi TAKUT nak mencuba sesuatu yg baru. Memanglah tujuan utama dihantar belajar di Universiti adalah utk belajar..tp kena ingat, bukan setakat belajar akademik je! Tp BELAJAR JADI ORANG!

Ni kerana melibatkan diri dalam bidang kokurikulum mampu membentuk perwatakan seseorang tu utk jadi lebih baik. Korang sendiri akan dapat bezakan..  Antara kebaikan lain adalah:

1. Boleh IMPROVE keyakinan diri
2. Dah ada keyakinan boleh improve communication skill
3. Comunication skill yg berkesan boleh tolong korang buat yg terbaik utk presentation akademik dalam kelas.
4. Juga berkebolehan MEGURUS sesuatu tugas yg diberikan.
5. Boleh belajar MENGATASI STRESS.
6. Menjadikan lebih BERDISIPLIN. Disiplin ni jugak dapat digunakan utk menjalani kehidupan harian dan dalam pembelajaran.
Selain tu, ada jugak bukti penglibatan utk nak mintak kerja nanti..(P/S:Sijil2 yg dah kena banjir..:P)
Selain tu, aku dapat belajar dari pelbagai org yg aku jumpa..hehe
bukti balancing yg aku berjaya buat..

Masa sekolah dulu aku tak berpeluang libatkan diri dalam sukan. Ni sbb aku pernah mengalami 'SKULL FRACTURE' ataupun keretakan di bahagian kepala sbb jatuh dari tingat 2 dgn posisi kepala dibawah..Adess~~ So, tiap kali subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan je aku akan ddk tepi padang sambil tgk mmbe2 kelas main bola..Tipu lah kalau aku kata aku tak kecik ati..Tipu jugaklah kalau aku kata aku tak cemburu tgk mmbe2 naik pentas amik award atas achievement diorg dalam sukan..So, masa sekolah aku tak pernah naik pentas utk terima award aktiviti kokurikulum..So, korang patut bersyukur kerana berpeluang bergiat aktif dari kecik lagi..^^
Ni kepala aku..mark merah tu menunjukkan keretakan kepala yg serius..mmg senget la kepala aku berminggu2..

So, masa masuk UiTM, semester pertama dan kedua aku tak berpersatuan. Kira aku jd spesis Org No.2 la ni..juz attend je event2..Tp hasilnya, masa aku bnyk dihabiskan utk tidur, main game dan tgk muvie kat laptop je..So, aku amek keputusan utk CUBA BERANIKAN diri join persatuan utk pertama kalinya. Dan Alhamdulillah, result still OK..Kemudian terus bergiat akktif sampailah ke penghujung semester degree ni..
Exco Akademik Diploma in Banking Association (DiBA) 2008
Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2009
Exco Promosi dan Audit Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi 2010-2011

Tips BALANCING Akademik dan Non-Akademik:

1. BERANI kan diri utk join aktiviti berpersatuan. Cabar diri anda!
2. Dapatkan TUNE STUDY yg betul..kalau boleh cuba belajar study di waktu bukan peak hour..Ni sbb masa peak hour ni lah korang busy nak buat macam2 keje..So study la di larut malam atau di waktu subuh..
3. Kenal pasti PRIORITY atau KEUTAMAAN..Buat yg mana penting dulu..yg kedua penting tu tak payah fikir sgt..nnt buat serabut kepala je..
4. JANGAN CAMPURKAN masa study dgn hal Non Akademik! nnt habuk pun tak dapat..
5. Gunalah ORGANIZER utk perancangan yg teratur.
Special Thanx to FISA and UiTM Johor! ^^


Adalah menjadi satu KERUGIAN bg mereka yg tak merebut peluang ni..Kalau setakat belajar utk survive je tak cukup..ITZ NOT A REAL STUDENT LIFE! Bergiat aktif pun boleh je main game dan layan muvie pe..Malah korang akan dapat experience yg tak da di mana2...Carilah! takkan jumpa pon..Mungkin korang akan dapat segulung Diploma atau Ijazah bila waktu konvokesyen nnt..Tapi adakah korang akan melangkah keluar dari zaman belajar dgn hanya membawa segulung sijil yg diBANGGAkan itu sahaja? Pilihan di tangan sendiri..

Renung2kan lah..buat pilihan yg terbaik utk masa depan anda! ^^

HABIS utk Bahagian 3~

Dapatkan Diskaun sehingga 90% utk Spa di SINI!

Bercuti di Perak dan Penang

Assalamualaikum..

Wah~ lama sungguh rasa tak update blog..haha. bkn apa, aritu bercuti-cuti Mesia jap ke Perak dan Penang..Haa..ni la cek nak habaq ni..meh ce cite sket...

Aku tak pernah mai Penang, Perak pun adala sekali masa form 4 dulu2..so, agak jakun sket ea bile sampai sana..hehe. So, destinasi pertama sebelum penggembaraan bermula adalah di Segamat pd hari Selasa..Aku tak g bandar Ipoh tp g ke area Seberang Perak, Teluk Intan dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya..So, nak ke sana dari Segamat kena naik train ke Kolumpo dan sambung naik bas ke Teluk Intan, Perak..
di Segamat
Menunggu train ke KL Sentral pukul 2.40 pagi
Tiba di KL Sentral breakfast jap..haha
Beg tajaan..hehe
di Bas Stand Pudu..dah cantik dah skrg..

Then, sampai di Teluk Intan dalam pukul 1.30 Tgh Hari..sampai2 je trus makan Nasi Lambai a.k.a NASI KANDAR dan jalan2 sekitar Bandar Teluk Intan..
di Bas Stand Teluk Intan

View dari dalam Restoran Nasi Lambai tersebut

Nasi Lambai dgn Sambal Kelapa! Sedap!! ^^

Sign Board Restoran ni..
Then di Teluk Intan ada MENARA CONDONG! Menara ni mmg condong dari luar mahupun dari dalam..So, kalau berjalan di dalam tu mmg rasa senget sket r..haha. Check this out!

Menara Condong, Teluk Intan

View dari dalam Menara

Menara tu adala dlm 3 tingkat kot.

View dari kaki 5 tingkat atas..
Aktiviti petang kami masa hari 1st dan 2nd adalah turun mengajar kelas latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi di SMK ISKANDAR SHAH..
Aku berucap..kusyuk btul diorg dgr..
Amir berucap..

Terima Kasih kepada Cikgu Meor sbb izinkan kami turun ke kelas beliau..

Sesi bergambaq bersama adik2 dan Cikgu Meor..

Haa..lepas turun kelas silat tu, kitorg sapu la DURIAN Kg.Parit..yeah!! Masa ni mmg tgh musim..Sedap woo~

view kg Parit di waktu senja
Situ ada MONUMEN JAM sempena kemerdekaan

mesti amek gamba..
Di waktu malam pulak boleh kelihatan sesuatu yg ANEH yg takda di JB di sepanjang perjalanan dari Parit ke Seberang Perak..antaranya..
KEDAI BEGER..Kedai ni terletak di tempat yg sunyi dan gelap..tp ada sorang pompuan cantik jage kedai tu sorang2..tp bile ktorg dtg nak beli, sekali bapak ngn mak die kuar daa...hahaha. kami tertipu dgn marketing yg sungguh efficient..
STESEN MINYAK..haa..sbb mende ni takda kt JB,..makcik yg jage kedai ni mmg sempoi..pakai bju kurung dan kain batik je..harga minyak makcik ni ckp RM2.00 utk 1 liter..mark up seposen..ktorg amik la gmba bnyk2..oleh sbb die agk suspen kami dtg dgn begitu jakun, masa ktog masuk kereta die trus tutup kedai..haha


guna pengayuh utk kuarkan minyak dari tong besaq..

Di hari ke-3, berlaku insiden yg mmg lawak! di mana one of my fren yg baru sampai dari JB tertinggal wallet dalam bas..so, kami bergegas la ke destinasi terakhir bas tu akan sampai..iaitu ke Lumut..On da way ke Lumut ada nampak bas yg sama datang dari arah berlawanan..so tanpa berlenggah, kami buat U-Turn dan kejar di kelajuan 140-160KM/J.hahah. saksikan..
Rupanya kami tersalah bas da...hahahha. kena patah balik ke Bas Stand Lumut dan akhirnya wallet tersebut dijumpai di bas yg sebenar..hahahha. Kami mcm samseng ketika menahan bas terbabit utk berhenti..

So dah alang2 sampai ke Lumut, di Lumut tu ada Jeti ke Pulau Pangkor..amek gambaq la..apa lagi..hehe



View Jeti Lumut..
Di situ ada Cendol yg sedap! ^^

Selepas ke Lumut, ktorg ke TELUK BATIK..wah..pantai di sini mmg best!

View Pantai Teluk Batik

Sunday 19 June 2011

Tips Dapat Dean List :: Bhg. 2 :: Cara Belajar Subjek Membaca

Assalamualaikum..

OK! kali ni aku nk citer sket cmne cara aku belaja..ATTENTION! apa yg aku tulis ni hanyalah apa yg aku buat..myb ada yg aku tulis ni tak bersesuaian ngn korang..dan aku rasa bnyk lagi cara belajar yg lebih berkesan..ni sbg side references je..amik yg elok, buang yg tak elok kay..

For those yg nak ke Bahagian 1 KLIK SINI

Pernah tak korang masa nak jawab test or final kdg2 korang ingat explaination tp tak ingat key point? Tak pun yg common, korang ingat key point tp tak ingat nk explain?

Okay, nak setelkan masalah tu aku ada 3 STEPS..

STEP 1 : Baca buku teks/ manual

Sejujurnya aku mmg TAK SUKA baca buku teks yg tebal2 tu..selalunya aku akan baca manual je..sbb lebih nipis..So apa guna buku teks? buku teks tu utk MELUASKAN pengetahuan korang..sbb manual tu hanyalah ringkasan dari buku teks..Cara aku baca buku teks, aku akan bukak skali buku manual dan point2 PENTING yg tak lengkap aku akan masukkan dlm buku manual tu..Then, buku teks aku dah tak tgk sgt..

Buku tebal2 aku tak sanggup nak baca..haha
Then, kalau membaca pulak..

First of all, korang kena kenali otak korang..(hah? ape kene mengena ngn kenal otak pulak kn?) haa..korang kene cuba kenal pasti waktu mana yg paling effiicient utk korang serap apa yg korang belajar..tiap org lain timing..

Pada aku, kalau stadi bnyk2 sampai full otak akan jd HANG ataupn BLANK! so rugilah korang bace di kala memori korang dah penuh..sampai kdg2 tu memantul2 balik ape korang baca kn? So, antara cara terbaik nak kosongkan memori korang tu adalah dgn TIDUR! ada tak kdg2 tu tgk kawan2 korang tidur je memanjang..stadi kejap je..tp bile kuar result exam gempak..kdg2 pulak korang tak cukup tidur sbb belajar bnyk sgt last2 msk exam hall jadi BLANK? Kalau lelaki stadi 2 JAM pn dah cukup..bnyk2 aku tak boleh masuk..huhu
Haha. kan dah cakap..nanti Blank! STOP dulu!

Tau tak tidur yg cukup tu PENTING..ni sbb masa kita tidur..apa yg kita baca tu diproses menjadi ingatan..So, memori korang yg FULL td tu di TRANSFER ke Memori Kekal! dan memori korang akan kembali laju dan fresh selepas tidur....time tu lah korang senang serap apa yg korang bace..selalunya aku akn stadi sebelum tido dan selepas bgun tido masa bdk2 bilik tgh tido..masa tu pukul 4-5 pagi..then buat Hot Choc utk segarkan badan..dah habis bace aku akan tido balik..
Tidur yg secukupnya membantu korang stadi..tp tak payahla tidur dgn buku..SKEMA sangat...

Then, kalau membaca pulak, aku ni mmg jenis yg suke tmpt SUNYI dah tak ramai org..So, utk korang yg sama spesis mcm aku ni..dinasihatkan korang jgn bace di tempat yg di depan korang ada objek yg bergerak2..Objek bergerak yg dimaksudkan mcm TV, kwsn org lalu lalang, dlm library yg mengadap laluan jalan, depan komputer, depan Facebook(sbb kalau kuar notification mst tgn korang gatal2 kn nk tgk kn..).. Sbb mende2 ni akan menganggu tumpuan korang dlm proses penyerapan..tu la jadinya bila baca 1 peranggan tak habis2..haha

STEP 2: MIND MAP atau PETA MINDA

Aku dulu selalu beranggapan buat mind map ni satu perbuatan yg sia2 dan membuang masa..masa awal2 masuk UiTM dulu aku tak suke buat mind map..kalau buat pn sbb ikot2 kawan..tp tatawu apa functionnya..aku tak baca pn mind map tu.. Tp lama2 aku rasa mind map ni sgt2 berguna utk aku..haha.

Ada macam2 cara buat mind map..ada bentuk ikan la..pokok..bintang..haiwan peliharaan..semua mempunyai kebaikan kalau korang tawu cara menggunakannya...Tp cara aku camni..Selepas baca manual dan fahamkan..aku akan buat mind map by chapter..

Ni contoh mind map aku buat..tp ni secara ringkas la..nak detail pening pulak aku nak buat nnt..tak perlu fancy2 sgt..nnt bnyk BUANG MASA nak buat mind map tu..
TRANSFER segala main point dalam satu chapter ke ats kertas. Ni contoh ringkasnya..ikot kreativiti nak guna apa2 warna..pada aku guna kaler basic cam hitam,biru,merah dah boleh..Contohnya, aku nak wat mind map BAB 1. Dlm BAB 1 ada tajuk besar pasal maksud, jenis2, ciri2 dan kelebihan..Then tiap main point ni korang buatla pecahannya..tp hanya POINT SAHAJA! yg elaboration tu tak semestinya diperlukan..kalau elaboration sng tak payah tulis pn takpe..Then BACA dan FAHAMKAN apa korang tulis..dan jgn terlalu SERABUT sgt..nnt pening nak baca..lagi bagus buat semua dlm 1 page..sbb lebih senang nak hafal dgn sekali pandangan..

Then tujuan aku buat mind map cmni adalah sbb aku akan review ikot bahagian..ni salah satu teknik aku menghapal..aku akan baca dari KIRI KE KANAN iaitu dari 1 hingga 3. Caranya aku akan tutup ruangan No.2 & 3 kalau nk menghafal No.1.begitu juga nak hafal No.2 aku akan tutup ruangan No.3..

ULANG langkah2 ni dari awal utk kuatkan memori korang...so dgn cara ni dpt latih korang ingat key point dan juga explaination...

Mind map ni aku akan siapkan masa test..dah siap mind map ni, buku manual tu pulak aku tak tgk sgt..so korang juz TUMPU pd mind map yg korang buat ni je..bila final exam lak, kerja dah senang sbb mind map korang dah ada..tnggl bace mind map dan refer kt manual siket2 je..So, mende ni selalu selamatkan aku kalau2 ada paper final yg GAP DEKAT2..sbb aku tak perlu buang masa bace buku teks balik dan buat note..

STEP 3 : STUDY GROUP!

Step 1 dan 2 mmg sesuai dibuat SORANG2.tanpa ganguan..step 3 ni adalah study group..cara study ni mmg amat berkesan kalau korang dah abez study cume tngl nak wat revision je..juga dpt elakkan dari tak dpt input apa2 kalo study group korang wat awal2 dan diakhiri dgn sesi SEMBANG2..haha. cara ni mmg aku akui punyai peranan yg kuat dlm kukuhkan apa yg korang study supaya tak lupa..masa study group ni korang bersama mmbe2 akn wat sesi soal jawab antara korang..(kira mcm nk test power la apa yg korng dah bace..) dan cara paling berkesan utk kukuhkan memori korang adalah dgn MENGAJAR MEMBE2 LAIN...pecayalah..ni aku tak tipu punye..so janganlah kita kedekut ilmu..tp kalau mmbe korang taknak dgr korang citer je apa yg korang bace kt die..lantak die lah...haha
diakui study group mmg salah satu cara belajar yg berkesan..

Tu jelah 3 Step yg aku gunakan sampai la aku ke degree kalau nak study subjek membaca..tp kena ingat, jgn terlalu MEMAKSA diri korang utk stadi..tu menyiksa badan dan otak tu..REWARD YOURSELF taip kali habis stadi..cam main game ke..jalan2 ke..layan muvie..

Then yg PENTING kena ada DISIPLIN! ni sbb kalau kita ckp nak study lg 10 minit, maka BUATLAH! kalau plan nak studi pukul 4 pagi maka buatlah! kalau takda disiplin tulah jadinya alasan tak sempat stadi lah..dan macam2..aku ni jenis yg suke stadi last minute..tp kalau kena cara kita, study last minute tu kdg2 lg ok dari study yg dah prepare awal2.. ^^
Patuhi pengurusan masa yg dah di plan..lalai akan hal ni korang yg akan rugi..

Tu jela utk kali ni..harap dpt bantu walau sikit..bnyk yg aku terpaksa cut sbb taknak bg nmpk panjang sgt..nnt makin bosan kalo bace..tips yg aku bg ni taklah hebat tp boleh lah sekadar sharing.. ^^. Jmp di next entri ye..sbb bnyk lg yg aku nak share ni..huhu

Saturday 18 June 2011

Tips Dapat Dean List :: Bhg. 1 :: Peluang Ke-2


Assalamualikum..

Dari zaman diploma dulu ramai yg dok tanya camne cara aku belajar dan mintak tips2 nak dpt Dean List..FYI cara belajar aku ni taklah 'havoq' sangat,..aku belajar sama ngan membe2 lain..diorg belajar aku belajar..diorg maen aku pn maen gak..

So, bersempena dgn kelahiran blog aku ni (hahha) aku share everything yg aku tawu dan yg aku buat utk survive kt UiTM tu..Walau result aku tak gempak mana pon..tapi bolehla takat nak tolong survive..Watpe lah kalau ada ilmu tp tanak share..atleast kalao ditakdirkan aku 'pergi' blog ni still ada tuk korang semua..pahala still mengalir masuk..^^ ..Kalau kata aku lain korang lain rasanya sama je..tade istilah PANDAI atau KURANG PANDAI Nak tawu tak, masa kt skolah dulu aku ni antara student yg paling teruk tiap kali ada ujian bulanan mahupun peperiksaan akhir tahun..ranking aku dlm kelas dulu dpt 39 of 40! fail2 ni mmg dah biasa dah..hehe

OK! rasanya panjang citernye kalo nak start dari awal sem sampai la abez exam..nak mudahkan aku bahagikan kpd bahagian2..utk bahagian 1 ni aku citer cmne dari awal masuk sem smpai start test 1..

Kdg2 ramai yg merungut yg masa sekolah dulu diorg ni aliran lain..masuk UiTM terpaksa blaja dlm aliran lain yg diorg tak suke..so, nasihat aku 1 THING nak belajar kena ada MINAT! tak kira la korang suke ke tak.. nak taknak kene jugak pupuk rasa minat tu walau sikit pn jadila..kalau minat ni tade, susahla korang nak serap segala apa yg korang belajar..tu yg jadinya belajar tak masuk2 dan ramai yg KECUNDANG di waktu semester 1 lagi..

Honestly masa aku amek Diploma in Banking dulu aku tak minat..aku dulu nak amek Sains Komputer tp masa tu SPM aku teruk Math..Otak aku ni mmg sgt2 lemah math..masuk Banking pulak bnyk pulak mengiranya (ACC115..MAT140..) Tp aku cube jugak cari minat tu dgn cuba tekankan minat kat 1 subjek je..iaitu CSC ( dulu ada DIB subjek komputer masa part1..)..masa test pn score mende tu jela..subjek lain aku cube maintain je..
Tak caya aku tak minat Banking? Ni prove surat aku nk tukar bidang..Tp tak jd antar.. ;p

Cam aku ckp td..otak aku ni mmg lemah kira2..sejujurnya sampai ke degree ni otak aku tak cekap dlm hal2 menhitung ni...Tp jangan cuba nak jadikan ni alasan..aku cube yakinkan diri yg masa sekolah dulu aku selalu kecundang dalam bab2 akademik..lagi2 bab ilmu Hisab ni..aku taknak jd mcm tu lg..itu sumer citer dulu..masuk UiTM ni aku cuba bukak buku baru dan buang buku lama zaman sekolah tu jauh2..AKU TAK PANDAI MATH TP AKU CUBA MINAT MATH! masa test mmg aku antara yg lowest..tp gagal test tu tak bermakna korang tade masa depan kt UiTM tu..

Kalau kira2 pakai kalkulator aku akan kira balik sebanyak yg boleh sampai aku yakin..sbb aku tak sepandai mmbe2 lain..masa SPM dulu aku tak pernah lulus Add Math dan Math biasa pn aku tak brpe ok..Masuk UiTM agak tercabar bila 1st sem Diploma ada subjek Matematik..So, apa yg aku buat, PRACTICE MAKE PERFECT! mmbe2 lain tak belajar Math aku keep on belajar (extra effort) walau sorang2..So akhirnya test 3 aku LULUS! dan lg membanggakan aku dapat SCORE A dalam Final Exam!

Ni kronologi sbg bukti apa yg aku tulis.. check it out!
Ujian darjah 3..haha. Merah tu..



ni masa PMR..

Time SPM..ni 1st time la aku lulus! hahaha
Transkrip Diploma..Alhamdulillah..^^

Cabaran bdk Diploma UiTM Segamat dulu lg TINGGI dibandingkan dgn skrg..Apa yg menjadi penyumbang stress paling tinggi sepanjang aku sem 1 ialah SENIORITI! utk pengetahuan, masa aku diploma sem 1 di Kolej Sempana Riau dulu..senioritinya mmg tahap dewa2..condition kolej tu pulak sgt2 tak selesa..bayangkan aku duduk DORM yg KECIL dan PANAS bersama dormmate seramai 30 ORANG! takda kemudahan meja belajar..ruang belajar...malah locker kami ni tak sampai separuh dari loker bdk2 kolej skrg..Tiap hari akan kena panggil ke bilik senior bermula pukul 12 tgh malam sampai la ke subuh..Bayangkanlah mana nak belajarnya kan??

So, bdk2 kolej skrg patut bersyukur la sebab kemudahan cukup..senioriti takda..ini tak..dah bagi betis nak peha! aku bagi KAKI kang...kejadian ni bukan jadi masa awal2 sem je..malah sampai ke habis sem pun kitorag dok kene 'Raging'..woo~~ nak belajar kt library susah..sbb masa tu ramai orang..yela ..majority dah sampai semester 8 diploma pn ddk kolej lagi..so kitorg terpaksa study bawah kolej yg masa tu penuh dgn ganguan lalat.. T_T

Alamak..dah panjang pulak entri ni...So, TIPS utk entri ni adalah :

1. Terap minat atas bidang yg korang ambil.
2. Tutup buku zaman sekolah dan bukak buku baru zaman UiTM..
2. Pegang minat yg atleast 1 subjek yg korag MINAT dan lebihkan effort kt subjek yg korang LEMAH
3.  FAIL TEST tak bermakna korang takda harapan nak score Final..
4. Bersyukur dgn kemudahan yg disediakan sekarang..jgn banyak merungut!
5. Takda istilah PANDAI atau TAK PANDAI bile masuk universiti..semua org sama..yg bezakannya cume USAHA atau TAK USAHA je!

Wokeh..harap post ni sedikit sebanyak dapat bantu korang..nanti aku sambung di next post..maybe malam ni la kalau tak bz..c ya! ^^

Klik link ini untuk ke bahagian yg berikutnya : KLIK SINI!


You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...