Assalamualaikum..Dear all readers..
Today I just wanna share something that really inspired me to success. Itz Air Asia's CEO - Tan Sri Tony Fernandes. Check it out!
Ahad, 02 Oktober 2011 06:30. Interviewed by HELME HANAFI. (Petikan ini aku ambil dari email yg diterima dan telah aku disingkatkan. Harap Maklum. )
.
.
.
.
Bos Air Asia,Tan Sri Tony Fernandes kata beliau percaya pihak yang paling takutkan kerjasama MAS-Air Asia ialah Singapore Airline (SIA).
“Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA bagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan yang lemah,” katanya dalam interbiu dengan Agenda daily.
Singapore Airlines selaku pesaing terdekat syarikat penerbangan di Malaysia |
BERIKUT ADALAH TRANSKIRP INTERVIEW DENGAN TAN SRI TONY FERNANDES:
Mengapa syarikat penerbangan yang jadi pilihan anda?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).
Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.
Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya. Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya. Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran. Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.
Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay. Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai. Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan. Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.
Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan. Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa) Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah
Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Collaboration Air Asia with Malaysia Airlines |
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai. Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah. Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”. Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.
Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.
PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya. PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”
Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.
Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu. Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”
Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Note: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)
Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu. Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal. DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya. Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini. (Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.
Apa cabaran-cabaran yang anda hadapi?
Macam-macam, antaranya SARS (virus), selsema burung, orang takut untuk terbang, semasa Sars (kematian pertama rakyat Malaysia pada 5 April 2003) yang menjadi bukti semangat Air Asia tidak luntur. Kebanyakkan syarikat penerbangan kurangkan pengiklanan. Kami pertingkatkan iklan, saya tahu orang ramai, mereka mahu tambang murah, jika RM800 ke Kota Kinabalu, mereka akan fikirkannya, tetapi jika tiketnya hanya RM80, tiada yang kisah tentang virus sars. (ketawa) Penumpang tidak penuh, tetapi okay. Juga masa bom Bali (Disember 2002), ramainya batalkan penerbangan, kami dan NST lancarkan kempen bersama. Kami selalu lawan cabaran ini.
Bagaimana anda membina syarikat ini?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur. MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.
Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu. Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.
Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha. Kami melabur banyak pada membina jenama.
Kisah Air Asia adalah kisah tentang menukar mimpi menjadi kenyataan. Falsafah mereka, 'TIADA YANG MUSTAHIL.
Syarikat itu mempunyai ‘modal insan’ yang hebat-hebat. Samada kerana kelulusan yang tinggi dari universiti terbaik seluruh dunia, atau pengalaman yang panjang dalam bidang masing-masing.
‘The best brain’ ini bersama-sama dengan mimpi dan keyakinan bahawa tidak ada sesuatu yang mustahil, maka tidak hairanlah Air Asia dari dua pesawat kini sudah memiliki 186 pesawat dengan ratusan laluan perjalanan.
“Falsafah kami adalah menarik yang terbaik, latih dan mengekalkan mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul, keterbukaan kepada idea baru, keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan bila keadaan sukar, mencuba dan terus mencuba,” kata Tony mengenai pekerjanya.
“ONE People, ONE Culture, ONE Air Asia, ONE Family,” itu visinya.
Kini selepas 10 tahun beroperasi bermula September 2001, dari hanya mengangkut 250,000 penumpang pada 2002, mereka memperolehi 50 juta penumpang pada 2008 dan 1 bilion pada Oktober 2010.
Keuntungannya pada tahun lepas melebihi RM 1 bilion.
Tentulah Air Asia merupakan syarikat yang membanggakan Malaysia. Kini ia berkembang bukan sahaja di dalam negara, bahkan di rantau ASEAN. Sudah ada Air Asia Thailand dan Indonesia. Sudah ada hub penerbangan di negara-negara tersebut.
Beliau melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd melengkapkan proses pengambialihan Air Asia dari DRB Hicom pada 8 September, 3 hari sebelum 11 September 2001 yang menyaksikan dua pesawat ‘menyerang’ WTC di Amerika Syarikat dan penduduk seluruh dunia fobia menaiki kapal terbang.
Tetapi kejayaan paling besar tentulah pada Oktober 2010, Air Asia meraikan penumpang ke 100 juta yang menaiki pesawatnya. Siapa sangka benar-benar seperti mottonya “Now everyone can fly”
Suri rumah warga Indonesia, Irma Dewa yang menjadi penumpang ke 100 juta Air Asia membeli tiket penerbangan ke India untuk menemui suaminya yang bekerja di sana.
Kejayaan demi kejayaan, sudah tentu dicemburui, Tony kini bukan hanya taikun penerbangan, dia juga pemilik pasukan lumba kereta Lotus F1, dan pasukan liga perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR).
Perlukan wang yang banyak untuk semua itu, tapi bagi Tony, ia satu pelaburan.
“You have to spent...” katanya ditanya mengenai hobi beliau luar biasa beliau itu.
“Tengok Emirates (syarikat penerbangan) ia ada di mana-mana, minta maaf cakap, jika ke London, orang lebih mengenali Air Asia dari MAS kenapa? Kerana Air Asia berbelanja untuk memperkukuh jenamanya,” katanya.
So, in conclusion, semua org boleh berjaya..Cuma kena ada kemahuan, bijak dalam mengatur strategi dan berani mengambil risiko. Nothing is imposible.. ^^
THANK YOU For Your Support! ^^
::END::
::END::
No comments:
Post a Comment