FOLLOW ME ON BOARD!


Saturday 4 June 2011

Cherating + Teluk Chempedak + Kemaman + Kuantan

Assalamualaikum,

Masa sebelum balik rumah untuk bercuti sem haritu, so ramai2 (7 org bdk2 rumah je) plan la g ke Cherating untuk spend time sama2 utk last time sbb mostly dah final semester..Oleh kerana masa tu pun dah HUJUNG SEMESTER, so poket masing2 pn dah HUJUNG NYAWA jugak.. kiranya percutian kali ni dikira 'Cuti-Cuti Bajet' laa...haha. Special Thanx to GPS I-Phone sbb semua arah tuju kami di-guide oleh nya..sbb masing2 buta peta..

Pada awalnya plan hanyalah nak ke Cherating je. Tp oleh kerana adanya 7 kepala, makanya kalo boleh nak ada 7 destinasi jugak...haha. Mende ni jadinya sbb our budget for tmpt penginapan yg rata-ratanya RM130 and above untuk hanya 1 Chalet. Tp sampai sana trjumpa pulak ada lg 1 Chalet lg murah offer price hanyalah RM50 untuk 1 Chalet. So, kami amik 2 trus..haha. Chelet tu mmg agk selesa (utk org2 yg jenis xkesah mmg sgt2 ok lah!) + ada air-Cond tuu...aku ni dahla jenis yg xreti pakai air-Cond dan masa nak tido plak kene marah ngn Boxer sbb letak aircond ke MAX sbb xtahan sejuk..last2 diorg tdo aku tutup jugak..pedulik hapa aku..
ni la Chelet RM50 tu..besar kan..

ni signboard Chelet tu..THE KAMPUNG!!

Pantai Cherating masa tu mmg lengang sbb kitorg g masa hari bekerja. SO mmg best la kan..PANTAI ITU KAMI YG PUNYA!!. 1st day je 2 kali dok turun pantai g mandi..haha.
pantai Cherating bersih dan cantik..Pantainya mendatar..So tak perlu bimbang kalau2 lemas ke..

Belah kiri bawah tula Chalet ktorg lepak!

and the best is..ktorg jumpa PENYU!!!

Malamnya tu masing2 bersepakat nak g bandar Kuantan yg perjalananya lebih kurang dekat 30 minit gakla nak sampai..and malam tu kitorg tgk wayang citer PRIEST!. Then abes tgk wyg smbng lak g ke PANTAI TELUK CHEMPEDAK yg xjauh dari bandar Kuantan (dlm tak sampai 10 mnit la..). Pantai ni lak beza sket dr Pantai Cherating sbb ramai sangat org. Plus tmpt ni mmg dikomersialkan pn..ada McD 24Hours and ada Baazar lagi..Then abih tu ktorg balik la ke Chalet dan tido dgn jayanya...

Hari Ke-2 lak ada suggestion utk g ke Kopitiam yg famous kt Kemaman, Terengganu. Kopitiam tu katanya the best for Coffee Lover cam aku ni la. Ura-ura mengatakan kopinya terbaik..Cherating-Kemaman tak la jauh sgt tp dekat sejam gak la..semate2 nak sarapan kt kopitiam tu..haha.
amek gambaq dulu...
ni la dia..KEDAI KOPI HAI PENG..tade parking kt area situ..so kene parking kat seberang jalan..
view dari dalam
Coffee + Nasi Lemak Ikan + Nasi Dagang = SEDAP!!

Dah abez melantak, balik ke bandar Kuantan..tgk wayang lagi skali..haha. Kali ni citer KONGSI pulak..Then jalan2 la area Kuantan..
lepas tgk wayang..pengaruh movie btul bdk2 ni..


Sesi perbincagan mengenai hala tuju..bagus btul bdk2 ni..(baru perasan yg tujuan utama nk g Cherating je..adess)

Balik dari Kuantan kitorg trus ke Teluk Chempedak semula dan tula destinasi terakhir...


di bazar Teluk Chempedak..masing2 mcm budak kecik..haish~


xlepaskan peluang sesi conteng2 pasir..hehe

tak mandi pn kt Teluk Chempedak..sbb malam dah..haha




So, tu je la serba sedikit mengenai percutian "Cuti-Cuti Bajet" kami..yang pd awalnya nk ke Cherating je tp last2 ke lain jugak..So, for those yg nak g Cherating dan berbajet sedikit mcm kami, leh la book Chalet The Kampung tu di talian 012-966 1748..

Thank you for reading.. :) P/s: sebenarnya penyu tu da mati..ktorg jmp tepi pantai je..hehe. ;p

6 comments:

PHIRDOTE said...

murah chalet tu.good ziq keep it up with this new blog..jyeah :)

zIq Ziqry said...

Thanx bro! nak jd gempak cam ko gak...masuk paper..hehe. mintak tunjuk ajar ko ea... :)

..+atie1908+.. said...

woit zeick!!! wt la pop up wndow tuk comment ssh aku nk comment n p blk kt blog ko ea.. sng sket.. huhuhuhu.. nice blog!!

zIq Ziqry said...

hihi. sudah..thanx for da help!

Unknown said...

Cherating memang best.. rilax habis.. kalau next time you all datang boleh juga try stay dekat chalet Mommie's Guest House.. harga bilik dari RM60 ke atas.. boleh check info dalam pages FB Mommie's Guest House Cherating... contact no : 011 14994035.. bilik cantik, selesa dan bersih.. attached bathroom.. ;)...

Unknown said...

Cherating memang best.. rilax habis.. kalau next time you all datang boleh juga try stay dekat chalet Mommie's Guest House.. harga bilik dari RM60 ke atas.. boleh check info dalam pages FB Mommie's Guest House Cherating... contact no : 011 14994035.. bilik cantik, selesa dan bersih.. attached bathroom.. ;)...

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...