FOLLOW ME ON BOARD!


Saturday 22 October 2011

Di Sebalik Tabir Operasi Penerbangan KLIA

Assalamualaikum..Hello~

Haritu big bos ajak pegi melawat Kuala Lumpur Intrnational Airport a.k.a KLIA..tgk2 la macam mana selok belok kerja yg dilakukan di KLIA ni.. yela, walau korang dah beribu2 kali travel pon belum tentu korang pernah tgk disebalik tabirnya kan? jgn tahu hanya nak expect best service walaupun beli tiket paling murah..Haa...meh aku bwk korang jalan2..hehe
1st, let me introduce to your tour guide..say hello to Mr.Ziq!
please put on your wrist tag..
also dont forget your pass..

Please choose ur destination..

Trip tu berjalan seharian dari pagi smpai ptg..So 1 day off la utk kami..tu pn bnyk lg tmpt tak berpeluang nak survey2..macam2 woo yg ktorg dpt belajar..even yg org2 lama ke MAS pn tak tahu..haha. OK, mari mulakan dgn yg semua org tahu.. Ikot FLOW~ :)

Di KLIA terdpt 13 baris Check-in-counter dari A-M termasuklah 1st, Business & Economy Clas. Kat kaunter ni passanger (PAX) akan menyerahkan bag2 mereka utk discan dan menjalani beberapa tapisan sebelum dibawa masuk ke kapal terbang.So b4 departure, utk yg special person boleh ke Golden Lounge utk makan2..Special Person Only~
Economy Class & Foreign Carrier Check-In-Counter
1st class check in counter
ruang menunggu di Golden Lounge

So, sementara korang tgh jln2 tu, mana perginya bag2 tu korang ya?
Tadaa...ni kat level bawah skali bangunan KLIA tu..
Bag2 akan automatik dibahagikan mengikut flight code

Haa..Tempat ni dinamakan CONVEYER dimana ianya terletak di bawah sekali. So dari tmpt korang check in td tu adalah dlm 5 tingkat nak ke bawah ni..laluan bag2 ni akan dipecahkan ke 2 tempat samaada SATALITE iaitu tempat International destination berlepas ataupun MTB for domestic. Tau tak, perjalanan bag anda ke MTB mengambil masa +- 4 Minit dan perjalanan ke SATALITE mengambil masa 17 minit (27km). So, sbb tu anda dinasihatkan tidak check in last minute..kalau bag tak sampai jgn nak salahkn org pula ya..
Transport yg digunakan..
nak ke Satalite kena naik train..

Di waktu korang yg masih berlengang2 jalan2 dan makan2 di KLIA, staf2 di bawah bertungkus lumus buat keje diorg. semuanya mainkan peranan yg sgt penting dlm masa yg amat singkat iaitu dlm 40 minutes. dlm masa tu, bag2 dari conveyer td dibawa menggunakan kenderaan khas dan dimasukkan ke dlm aircraft  Perjalanan pulak depend kpd berapa jauh aircraft tu. selalunya dlm 3 minit. laju woo diorg bwk kenderaan ni.. then ada pekerja yg akan loading air minuman di bhgian belakang, ada yg keje isi minyak dll.

**Tahu tak korang knp dlm movie kalau part kapal terbang terbakar tu akan nmpk sayap die yg berapi2? ni disebabkan tank minyak aircraft ada di sayap kiri & kanan, belakang dan bawah badan. Ni semua bertujuan utk balancingkan kapal terbang tu ikot berat keseluruhannya. yela, kot2 penumpang belah kiri lg berat ke..so minyak kt sayap kanan akan dilebihkan.
yg tempat ada logo MAS tu pun ada tank minyak..tp seat yg paling selamat juga adalah seat belakang..



make sure pakai safety vest kalau mau dekat dgn aircraft..

Process loading barang2..

Boeing 737-800 sedang dlm process loading barang2 & penumpang
Dalam waktu 40minit ni juga, ada department yg akan mengeluarkan printed paper yg dinamakan Load Sheet. Dlm load sheet berkenaan terdapat info2 penting utk Captain mengenai jumlah minyak yg diisi, berat keseluruhan penumpang, berat baggage dll.. Tahu tak, berat penumpang diambil average 75kg setiap org..So, mereka akan dpt estimate berat kapal utk berlepas, terbang dan landing dgn selamat.

Faktor penggunaan bahan bakar yg banyak :
1. Ketinggian - Jika sebuah aircraft terbang dgn rendah, penggunaan bahan bakar adalah lebih tinggi. mcm kalau kereta lalu atas jalan tar n jln rumput lah..
2. Berat - Aircraft yg berat juga menggunakan minyak yg bnyk
3. Cuaca buruk - sbb captain kena pusing beberapa kali di udara sebelum landing lepas cuaca pulih.


Ni namanya tayar..T.A.Y.A.R...takde jual di kedai2 yg berhampiran...

Kenderaan utk menarik aircraft ni harganya RM1.7 Juta..wah2...
FYI, bunyi bising dari kapal terbang adalah hasil dari penggunaan Auxiliary Power Unit (APU)  yg terletak di bahagian ekor kapal terbang tu. Sumber tenaga ni adalah utk keperluan aircond, eletrik dll ketika aircraft di udara dan menghidupkan enjin. Sebaik dah sampai pit, APU akn ditutup dan digantikan sumber kuasa dari bawah iaitu Ground Power Unit. Semuanya berlaku hanya dlm 40minit dgn sgt eficient. Kiranya mcm korang tgk F1 tu la...
APU

Selepas departure, PAX akan collect baggage diorg di tempat yg disediakan. Bare in mind, nk travel tu bwk lah bag yg tak complicated. just simple je supaya tak mengalami problem masa dlm perjalanan di conveyer td tu. tak perlu la bertali juntai2 bagai sbb besar kemungkinan akan tersangkut dan putus. sbb proses utk transfer bag2 korang tu bkn automatik trus msuk kapal terbang. yg tukang angkut tu semuanya adalah vendor yg majority adalah org2 'foreigner'. so paham2 jela ye..


Kalau bag korang hilang cepat2 la cari tempat ni..
**by the way, for those yg suke travel oversea bnyk2 kali tu, stiker2 di bag yg pernah digunakan tu harap dicabut ye..sbb bag akan dibahagikan mengikut aricraft code yg discan di stiker tu..so, jgn pelik kalau korang nk ke Penang tp bag korang ke London pulak ye..
______________________________________________________________________

Lain2 perjalanan kami berpeluang ke tempat2 yg tak semua org berpeluang pergi. Terutama skali ialah:

Kompleks Bunga Raya. Bangunan serba unik & mewah ni jika dilihat dari udara mmg bentuknya bunga raya sempena bunga kebangsaan Malaysia.Kompleks ni berfungsi sbg tempat ketibaan dan keberangkataan DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, sultan2 Tanah Melayu, Perdana Menteri & Timbalan, dan Ketua2 Negara Asing. bawah level2 tu tak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Hanya VVIP shj. Even pekerja MAS & semua suku sakat KLIA pn tak boleh masuk. hanya 3 org shj yg dibenarkan mengendalikan  kompleks ni. Kami berpeluang masuk atas ihsan 2org dari 3 org tersebut. Tenkiu soo much!

View dari dalam..

Senibina dalaman...
Ni la MAS B747 Bunga Raya

Limo MAS yg digunakan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Silakan tuan..

Future boss..
Hutan tempat org asli dulu2..

Thank You for your Support! ^^
Rasanya tak dapat la nak share semua..nnt panjang berjela pulak entri ni..lagipun ada certain di luar authority aku utk share,,btw, THANK for reading! ^^

::END::

6 comments:

Aini Azman said...

wahhh....menarik giler!!
bertuah ziq dpt pengalaman mcm ni,.saya yg baca pun excaited,.klu ada lagi boleh la share ye,.

Anonymous said...

Wah !! seronok giler..at least dpt experiece yg xsemua org akn dpt ...

zIq Ziqry said...

aini: hehe.thx 4 reading aini! InsyaAllah..nnt sy share lg.. :)
linda: hehhe.tula..mana lak kan finance nak ke engineering..so time ni la amek peluang belajar.. :)

farot said...

untungler..... ^_^

mangsibersamajabatanku said...

Tq ..share benda alah nie. x byk..sket info nie pun berguna jugakk!
(bla la nak dpt naik limo tu..)

zIq Ziqry said...

farot: hehe.yup2! ^^
Chenal: welcome..thx 4 reading! ^^ Tula..bkn senang2 nak msk tmpt cmni kalo bkn engineer..

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...