FOLLOW ME ON BOARD!


Tuesday 6 September 2011

Tips Dapat Dean List :: Bhg. 5 :: Berubah


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua! :)

Disambung kembali entry yg lepas2..kali ni aku nak share mengenai BERUBAH. Semua org tahu berubah tu apa..tp tak semua yg BERUSAHA nak berubah..ramai yg beranggapan nak berubah kena tggu KEINSAFAN tu datang dalam diri dengan sendiri..macam ni lah punca kes sentiasa postpone niat mahu berubah tu..

Pada pandangan aku, AGEN PERUBAHAN terbaik yg dikenalpasti adalah PENDEDAHAN ataupun EXPOSURE! Seseorang akan berubah apabila didedahkan dgn sesuatu yg baru..kemudian keinsafan tu akan datang selepas itu..

"Umpama katak di bawah tempurung selama lamanya merasakan tempurung itu sgt luas"

"Pokok bunga akan mekar cantik dan sihat pabila DIDEDAHKAN dgn matahari"


BERUBAH dalam konteks seorang MAHASISWA adalah 
  • Berubah dari menjadi seorang yg PASSIVE ke ACTIVE.
  • Berfikiran NEGATIF ke POSITIF
  • Berfikiran lebih TERBUKA dan MATANG
  • Lebih BERDISIPLIN
  • Perwatakan lebih BAIK
Cara mendapatkan PENDEDAHAN?

Macam2 cara utk meng'expose' diri anda..antaranya :
  • MOTIVASI / KURSUS - Skrg ni macam2 kelas motivasi org berebut nak gi..ada yg sanggup bayar beribu..Contohnya Dynaxiss Consultant, ESQ, dll...
  • TRAVEL - Cara ni walaupun agak Costly tp impaknya sangat berbaloi..ni antara cara terbaik utk meluaskan pemikiran korang..tak dapat travel luar Malaysia, dalam pn ok je..
  • BERJUMPA ORANG - Orang yg dimaksudkan adalah seperti org2 yg boleh dijadikan contoh..cuba rapatkan diri korang dgn golongan ni..InsyaAllah korang akan sedikit sebanyak dipengaruhi..tak perlu org2 kenamaan..even pemandu teksi pun boleh menjadi agen exposure yg terbaik..(betul..atas pengalaman sendiri).. So jangan kita sombong kerana banyak yg perlu kita belajar dari orang lain..
  • MEMBACA - Ni semua org tahu membaca memluaskan pemikiran korang..
  • AKTIVITI - Aktiviti ni bermaksud aktiviti yg berfaedah..macam camping ke..menceburkan diri dalam sukan2 baru ke..etc..
Aku masih ingat Exposure pertama yg sampai sekarang masih mempengaruhi & merubah aku ialah sewaktu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul2 yg dirangka tu buatkan aku berani utk bersuara di depan khalayak ramai.

EXPOSURE ni penting untuk MELUASKAN PEMIKIRAN korang..Aku tertarik dgn ungkapan Dr. Kamal Affandi (Penganalisis Jenayah Bebas) sewaktu ada program yg pernah kami anjurkan dulu..kata beliau sebelum masuk kereta utk bernagkat pulang :
Dr. Kamal Affandi

"Don't you ever2 think outside of the box!.."
(ada pause jap..sambil buatkan aku terpinga2 tggu sambungannya..)

"Because..THE BOX NEVER EXISTED!"

Satu ungkapan yg mantap yg buat aku terngiang2 sampai la skrg..Thanx Dr! ^^

Sekian, 
BERUBAHLAH UNTUK MASA DEPAN YG LEBIH CERAH! Selagi masih ada masa..^^

THANK YOU for Your Support! ^^

5 comments:

Gamez loVer said...

berubah untuk menjadi yg lebih baik.. :)

farot said...

DL insyaallah ... amin ^_^

sniffa said...

nice entry bro:) thanks share!

zIq Ziqry said...

pujangga: hehe,yup2! mari berubah utk kebaikan!
farot: Amin.. :)
Sniffa: thx for reading ya.. :)

kamal fnd hashim said...

Kejayaan bukan terletak kepada usaha tetapi kepada berapa jauh pengorbanan yang sanggup dilakukan. Semoga saudaraku terus kenyal semangat.

kamal fnd hashim

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...