FOLLOW ME ON BOARD!


Friday 2 March 2012

Busy Week

Papership Checked-In at Hotel Brisdale, Chow Kit, KL

Assalamualaikum..dear readers..
Baru balik dari KL semalam.. agak rushing sket kerana esok bermulanya kerja part time sebagai Cikgu di PLKN selama seminggu. Weekend lepas ke KL untuk mengikuti kursus 'Train of Trainer' untuk persiapan cikgu2 tentang modul2 yang akan diajarkan di kem minggu depan ni.

Bercerita tentang training tu, aku dapat pengalaman baru dalam bidang mengajar ni. Rupanya bukan senang nak jadi cikgu. Banyak aspek2 perlu ditekankan ketika mengajar. Bukan hanya bercakap dan menyampaikan je. Training tu desertai oleh lebih kurang 250 orang cikgu2 yang berpengalaman. Mostly yang senior2 yang rata-ratanya sebaya ayah aku dan lebih tua pun ada. So aku nilah dikira yang paling muda dan yang 1st time join jadi cikgu ni hanya dalam 10 orang je.. Sangat segan tapi mereka sangat friendly dan sudi berkongsi tips2 mengajar. Respect kat diorang. Terpegun jap tengok cara diorang mengajar. aha
View pagi dari bilik..
Modul2 yang kene study..
kebuluran tengah malam, makan nasi lemak & sambal kerang Chow kit..haha

So, lepas tamat kerja Part Time ni di Johor, esoknya aku kena bergegas ke Gombak untuk kerja tetap pulak di Bank Islam. Sebenarnya kerja ni dah lama dah diorang offer berikutan aku pernah jadi Top 20 untuk Young Leaders Program anjuran mereka. Tapi sebab nak berehat lepas praktikal, tu yang lambat accept jadinya. Tambahan pula, aku pemalas nak pergi interview or jawab test, jadinya grab jelah peluang didepan mata. Sebagai fresh graduate, memang tak boleh memilih kerja sangat..yang penting cari experience dulu..
Official offer letter

Oleh kerana aku kene report duty effectively lepas je aku habis part time tu, so 2 hari sebelum ni memang rushing setelkan medical check up, angkat sumpah dan requirement2 lain untuk di submit kepada employer. Alhamdulillah semuanya dah selesai cuma rumah sewa je tak cari lagi..adeyh~

Till then, wish me luck for my career ya! ^^

THANX For Your Support!
::END::

2 comments:

laskar pelangi said...

good luck ye awak:)
semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah ^__^

zIq Ziqry said...

Amin..thanx soo much ya! :)

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...