FOLLOW ME ON BOARD!


Friday, 9 March 2012

Saya Cikgu Zik!


Assalamualaikum..Salam sejahtera dan Salammm SATU MALAYSIA!! (bdk2 jawab : MALAYSIA BOLEH!!)

haha. Alhamdulillah, selesai sudah mengajar di Program Integrasi di Kem PLKN Teluk Sari, Endau, Johor. Rasa berdebar, seronok, pening kepale semua ada.. yela..1st time ni bergelar cikgu walaupun tak lama..haha.

Program tersebut dilaksanakan dalam masa seminggu bertujuan untuk mengukuhkan pertalian antara kaum2 di Malaysia. Ada 3 modul yang diajarkan, iaitu Kebudayaan, Keagamaan dan Peranan Lelaki dan Perempuan. Modul2 ni lebih kepada mendedahkan adat2 dan budaya kaum2 di Malaysia baik dari segi adat perkahwinan, kematian, tarian dan lain2. Banyak yang aku dapat belajar dalam mengajar di modul2 ni.

Sampai melapor diri di kem pada hari Ahad. Betul2 mengimbau kembali kenangan 6 tahun lepas semasa menjadi pelatih di kem yang sama. Macam2 yang aku fikirkan pada sebelum jumpa students di hari pertama. Takut pun ada..yela, takda pengalaman mengajar..kang tak pasal2 aku blur kat depan tu tak tawu nak mengajar apa..dahla aku ni cakap laju-laju..tawu2 nnt dah habis modul seminggu aku ajar 1 hari. Pengsan budak2..haha.

Alhamdulillah, walaupun tak pernah mengajar sebelum ni, tapi berbekalkan pengalaman menjadi pelatih di kem tersebut, aku ambil langkah 'brani mati' mengubah sebahagian besar dari cara penyampaian dari yang telah ditetapkan. (memang aku sorang jelah yang buat..). then, when I see their happy face each time they leave the class, I know my method works! Aku bernasib baik kerana mereka semua jenis yang mendengar kata dan memberikan kerjasama juga boleh mengururs diri. Then on last day semalam I received really good feedback from them! bukan saja dari kaum melayu, bahkan dari kaum lain.Thanks all!

Satu pengalaman yang cukup berharga yang tak boleh dibeli di mana2. Dalam mengajar, aku belajar bercakap, berkomunikasi, body language, memahami orang lain, mendengar pendapat orang, mengatur masa dan banyak lagi. Rupanya bukan senang nak mengajar orang. Lebih2 lagi mereka ni dikalangan golongan yang cerdik pandai yang dah besar2. Sangat mencabar tapi berkali ganda berbaloi.
hadiah untuk best student

To all my students di Kelas Integrasi 5 dan juga dari kelas yang lain, Cikgu harapkan kamu semua berjaya dalam pelajaran dan apa jua bidang yang diceburi, jadilah orang yang berguna kepada masyarakat dan negara. Bersatu padulah antara kaum kerana itu merupakan tiang kepada kekukuhan negara Malaysia. Banyak yang nak dikongsi dengan kamu semua tapi oleh kerana kekangan masa, mungkin di lain kali lah jawabnya.. :) Thank you all of you!

P/S: Dalam proses tukar profession dari Cikgu ke Pekerja Bank pada Isnin ini. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin..

THANK For Your Support!
::END::


2 comments:

Ikazrima said...

I loike! keh3
selamat berkerja!

Azzam Fadzil said...

huhuhu seronok jd cikgu..hehe

boleh ar ajar..haha

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...