FOLLOW ME ON BOARD!

Friday, 2 March 2012

Kelebihan Dapat Dean List

Assalamualaikum..

Actually my net book dah habis bateri dan chargernya pula kat mmbe tak ambil2 lagi.. tsskk~ so, jaranglah dapat update blog.. (alasan..). Bila tgk2 my blog ada seseorang bertanya mengenai..

"Apa kelebihan dapat dean list?"

Ok, menjawab pertanyaan saudara fairuz (i suppose?)

Kelebihan dapat dean list adalah :

1. Sebagai pembakar semangat untuk kita kekalkan award tu. Juga sebagai pembakar semangat untuk kawan2 lain.
2. Dapat Sijil Dean List dari Fakulti
3. Sijil-sijil tu boleh membantu kalau nak apply biasiswa ataupun kerja
4. Ada jugak sesuatu yang boleh diletakkan dalam resume dibawah column award/achievement.
5. Boleh menghadiri majlis2 anugerah cemerlang (tertakluk pada kampus)
6. Kalau dapat dean list especially pada sem 1 dan semester-semester terawal, bila dah tiba semester akhir yang lebih sukar, dan in case kalau pointer jatuh pun overall pointer tak akan jatuh banyak sebab disupport oleh semester lain yang dapat Dean List.
7. Kalau dapat dean list tiap-tiap semester, akan dianugerahkan Anugerah Naib Chanselor (ANC) dan masa konvo nanti dikurniakan 3 Bintang dan Selempang Pink (untuk UiTM & tertakluk pada universiti masing2)
8. Dan leh banggakan mak ayah. Diorang boleh citer kat membe2 & sedare mara yang korang dapat result cemerlang.
Sijil yang dikumpul sebagai kelebihan nak apply scholarship/kerja nanti..

Tapi ada jugak kelemahan dapat Dean List..apakah??

1. Stress lebih sikit dari yang lain sebab nak kekalkan dapat dean list.
2. Kawan2 dah pandang budak Dean List = Budak Pandai. Padahal tak la sehebat mana pon.. (ni kes aku la..haha). Stress jugak tu..
3. Kalau pointer jatuh tu, stressnya juga berlipat ganda..haha

Jadinya, aku buat mende ni untuk terangkan realitinya..

Harap entri ni menjawab pertanyaan Saudara Peyus.

THANX For Your Support! ^^
::END::

10 comments:

mish eden said...

yes betul! sggt stress bl every sem dpt DL..nnti owg label kte budak pndai then bl ada mse kte jatuh malu kot..hehehe

Feza said...

hebak la kamu.

zIq Ziqry said...

mish eden: kan..haha. nervous pn bertambah2..
feza: tak la hebak mana pown.. :(

Shafika Joha said...

Dapat pergi dinner free lah!

.: Cik Dah :. said...

Setuju. Memang stress nak maintain DL. Tapi bila tengok parents happy waktu bagitahu result hilang sekejap stress tu. Masuk new sem mula balik stress. :)

creative innovation said...

kalu sem 1 x dpt dean list pastu sem lain dpt dean list ada x peluang nak dapat Anugerah Naib Chanselor (ANC)

creative innovation said...

kalu sem 1 x dpt dean list pastu sem lain dpt dean list ada x peluang nak dapat Anugerah Naib Chanselor (ANC)

iera said...

Betul tu.. Mmg susah nk maintain.. Pernah stu sem tu jatuh.. Dekat sebln lebih gk lh down.. Sedih aje.. Smlm bru dpt keputusan akhir rse menyesal pulak x dpt dl sem tu.. Klo x dpt blh dpt anc.. Sedih jer.. ;((

Unknown said...

salam, nak tanya.. sy baru habis diploma then nk apply scholarships utk degree. bila dah apply guna email then scholarships tu mintak anc certificate tu. soalannya dari mana and bila boleh tuntut certificate tu kat uitm?

Noor Amalyna Abd Halim said...

Dari pengalaman sendiri dean list ni sedikit sbnyk membantu untk.dpt kerja. Dan sbnrnya sebagai hadiah untk diri sndri.

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...