FOLLOW ME ON BOARD!


Saturday 14 April 2012

Mobile Banking terbaik daripada Bank Islam


Assalamualaikum..Dear readers..

Hari ni aku nak share sedikit menegnai produk mobile banking dari Bank Islam iaitu TAP. Apa tu TAP? TAP atau nama panjangnya Transaction At Palm adalah perkhidmatan mobile banking yang TAK PERLU MENGGUNAKAN INTERNET mahupun HANPHONE CANGGIH. Wallawehh~~

Di zaman serba moden sekarang, kita dah tak perlu beratur untuk melakukan transaksi di kaunter, di ATM, mahupun subscribe internet menggunakan telefon mudah alih anda yang canggih. Kini, hanphone balik anjing pun boleh melakukan transaksi di mana sahaja anda berada walaupun takda internet! janji ada coverage dan ada duit. (kalau hanphone canggih tapi takda duit dalam bank tak guna jugak yea tak? hehe)

Jadi, apakah transaksi yang boleh dilakukan menggunakan TAP ni?

1. Pertanyaan Baki
2. Transfer Fund ke akaun Bank Islam mahupun ke akaun bank lain.
3. Topup (kalau sesak2 kat kolej tu tak payah la susah2 cari kedai topup tgah2 malam buta)
4. Bayar Bil
5. Perkhidmatan Credit Card, Financing, Current account dll..

Cara mendapatkan TAP

1. Pastikan anda berumur 18tahun dan ke atas. Cek IC balik...dan juga ada akaun Bank Islam
2. Pergi ke branch Bank Islam yang terdekat dan bawa IC skali..
3. Isi borang pendaftaran TAP.
4. Dah selesai daftar, anda akan dapat sticker yang mengandungi cip. Tampalkan di simcard anda.
5. Menu Bank Islam TAP akan keluar di telefon bimbit anda. Ikut aturan pendaftaran kali pertama yang diberikan.
6. Tadaa..dah boleh guna..

Nilah rupa sticker cip TAP yang dah ditampal atas simcard..

Kelebihan TAP

1. Menjimatkan masa dan tenaga. Tak payah ke kaunter atau ATM untuk membuat transaksi.
2. Tak perlu guna hanphone mahal2. Handphone 3310 pon boleh..
3. Tak perlu ada internet
4. Menu yang tak complicated.
5. Taip kali duit masuk atau keluar dari akaun immediately akan dapat SMS. So, kalau duit PTPTN atau gaji masuk anda orang pertama akan dapat tau..haha
Anda juga dapat mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku..
Kekurangan TAP

1. Ada casnya..RM8 setahun.. hehe
2. Lain handphone lain ragamnya. Menu 'Bank Islam TAP' akan keluar di tempat berlainan mengikut handphone. So kena pandai2 la cari.
3. Setakat ni handphone I phone tak boleh menggunakan perkhidmatan ni.
4. Setiap transaksi di cas 30 sen. (kecuali perkhidmatan pertanyaan baki akan dicas selepas 3kali untuk hari yang sama).
5. Bila ditampal sticker TAP ni, simcard anda akan menjadi tebal sedikit. Ada sesetengah handphone yang tempat masuk simcard tu muat2 untuk masuk simcard je. nanti jadi ada masalah tak muat nak masukkan simcard atau simcard jadi melengkung sbb ada cip tambahan. tapi mostly handphone sesuai untuk TAP ni.



OK, thats all nak share untuk hari ni. Till then! :)

THANX For Your Support! ^^
::END::

15 comments:

Anonymous said...

lorh bank islam je ke??pasni nak kena bukak akaun bank islam la plak..senang sikit.. (^_^)

Unknown said...

Mcm mana nk transfer fund ke bank lain? Please reply asap :)

Lavender Love said...

Salam..saya da 2x cuba topup pakai tap bank islam..sgt bgus sbb dy ambil duit tp no pin tpup xbagi...kt mn sy boleh bwt aduan..hrp dpt membantu

Bielah said...

Sy pn slalu gk kna cmtu.sdih sgt.kdg ok kdg x..syg duit tu

Unknown said...

Tap mobile mmg memudahkan. Yg tak syoknya, cip mudah rosak. Dah 2 kali cip rosak, tak sampai 3bulan guna, rosak.

Unknown said...

Tap mobile mmg memudahkan. Yg tak syoknya, cip mudah rosak. Dah 2 kali cip rosak, tak sampai 3bulan guna, rosak.

Unknown said...

alhamdulillah... ianya sgt2 membantu. topup pun semua lancar xde masalah lg stakat ni.

Unknown said...

alhamdulillah... ianya sgt2 membantu. topup pun semua lancar xde masalah lg stakat ni.

Unknown said...

Maaf tanye ...sy ad balance 54.67sen ..knape still tak boleh transfer pf acc lain ye ??

Zafira said...

Saya nak cek balance dlm akaun Saya bole bantu sya x?

Unknown said...

sy nk chek akaun sy bleh x...sma ad duit dh masuk ke blm

Unknown said...

Saya nak update no talefon

Unknown said...

Tp tak boleh tengok transaction

GANU KITE BOSSKU said...

Aslmkum.nk tanya klu transfer duit guna TAP ke bank lain,terus masuk atau tunggu satu dua hari?TK

Mohd Shaiful Azri Nus said...

Di website Bank Islam telah pun mengumumkan notis bahawa perkhidmatan Tap Mobile Banking Bank Islam ini akan ditamatkan pada 31/12/2023. Apa2 pun servis bank islam ni lah paling terbaik pada zaman nya dulu sejak diperkenalkan pada tahun 2010 sehingga lah wujud perbankan online melalui webiste dan aplikasi di gadjet yang lebih mudah dan ringkas. Untuk pengguna Tap Mobile Banking sedia ada ni dah boleh beralih kepada Aplikasi Go by Bank Islam ataupun melalui webiste Bank islam untuk meneruskan sebarang urusan transaksi perbankan online.

You might want to see :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...